BREAKING NEWS

Kenapa SPRM Terus Diam Membisu Terhadap Skandal Rasuah??



Skandal NFC telah mendapat perhatian daripada semua pihak terutama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Satu pasukan Khas SPRM telah dibentuk untuk menyiasat skandal tersebut yang diketuai oleh Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafa Ali.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata pihaknya telah menerima laporan baru berkaitan NFC dan akan menyiasat dakwaan itu tanpa rasa gentar atau pilih kasih:

“Kami telah bertindak dengan sewajarnya dengan mengumpul bukti dan kenyataan kerana isu ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.”

Tindakan siasatan pihak polis sehingga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil didakwa di atas 4 kes iaitu Pecah Amanah Jenayah dan Kesalahan Akta Syarikat menampakkan ketegasan secara serius pihak polis walaupun masih dipertikaikan kenapa hanya Pengerusi Eksekutif NFC sahaja yang didakwa tanpa melibat kesemua anak-anak beliau yang turut terlibat dalam pengurusan dan Skandal NFC.

Namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan dan hasil keputusan siasatan didedahkan kepada rakyat berkaitan Skandal NFC tersebut walaupun sudah hampir 8 bulan.



Justeru, JINGGA 13 menyerahkan memorandum pada hari ini di Suruhanjaya SPRM Putarajaya meminta khususnya Ketua Pesuruhajaya SPRM dan Pengarah Siasatan SPRM memperjelaskan hasil siasatan Skandal NFC sepertimana berikut:

- JINGGA 13 meminta diperjelaskan hasil siasatan SPRM sehingga membentuk PASUKAN KHAS malah hingga kini tidak diketahui status siasatan, namun terus diam membisu terhadap segala siasatan, aduan dan laporan melibatkan keseluruhan Skandal NFC ATAU hanyalah bersifat ‘gimik politik’ semata-mata bagi tujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap penyelewengan dan pengkhianatan wang rakyat RM250 juta ATAU hanya sekadar tujuan ‘menyelamatkan’ Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita UMNO tidak terlibat dengan skandal tersebut tetapi Skandal NFC terus ditutup daripada pengetahuan rakyat.

- JINGGA 13 juga mempersoalkan di mana hasil siasatan terhadap beberapa laporan dan aduan rasmi yang dibuat oleh JINGGA 13 dan Parti Keadilan rakyat terhadap beberapa kes sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak SPRM.

- JINGGA 13 juga turut menghantar memorandum kepada SPRM 2 Februari 2012 berkaitan berdasarkan pendedahan Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA), pada 31 Disember lalu sehingga sekarang tiada sebarang tindakan.

- JINGGA 13 mendesak agar pihak SPRM menjelaskan hasil siasatan Skandal NFC  kepada rakyat dan mendakwa ke semua yang terlibat dalam pengkhianatan amanah rakyat ke muka pengadilan tanpa tindakan sebarang prejudis dan pilih kasih.

- JINGGA 13 hairan kenapa tiada satu pun pendakwaan dibuat oleh SPRM terhadap ahli-ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil , Ketua Wanita UMNO , seolah-olah pihak SPRM tidak begitu serius dalam siasatan secara menyeluruh Skandal NFC tersebuat umpama “melepaskan batuk di tangga”.

- JINGGA 13 hairan kenapa SPRM terus diam membisu terhadap Skandal NFC tersebut berbanding tindakan segera dan serius oleh pihak PDRM.

Tindakan SPRM benar-benar diragui dan dilihat bersikap dwi-standard melengah-lengahkannya dari sebarang tindakan dan pendakwaan, penjenayah terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan diambil secara drastik dan bersungguh-sungguh sedangkan wang rakyat sejumlah RM250 juta diseleweng untuk kepentingan peribadi tanpa tindakan serius daripada SPRM .

Seluruh rakyat Malaysia sehingga kini masih ternanti-nanti hasil siasatan dan tindakan oleh SPRM berkaitan Skandal NFC. Rakyat Malaysia yang membenci kepada penyelewengan dan pengkhianatan amanah rakyat tidak akan sekali-kali memaafkan wang rakyat dikhianati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak serta bermoral sepertimana dalam kes Skandal NFC tersebut.

MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator  JINGGA 13

9 Ogos 2012

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails