BREAKING NEWS

Bongkar!! Mahathir,Daim Dan Nor Yakcop Adalah Dalang Skandal Kerugian Bank Negara RM30 Bilion


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau akan didedahkan.

Dr Mahathir telah mengarahkan Gabenor Bank Negara ketika itu, Jaafar Hussein  untuk mengundurkan diri ekoran dari krisis kerugian RM30 bilion akibat urusniaga pertukaran asing pada 1992.

Namun begitu Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu mempertahankan skandal berkenaan, meskipun ia menyebabkan negara menanggung kerugian.

"Setelah lebih 20 tahun isu kerugian wang yang amat besar ini tidak mendapat tindakan yang sewajarnya dari pihak pemerintah yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Manakala bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop menjelaskan terdapatnya keraguan dalam skandal kewangan terbesar negara yang di dalangi oleh Dr Mahathir.

Rosli turut menamakan empat individu yang terlibat dalam “skandal kelab elit tukaran matawang” dua dekad lalu — bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamed, bekas Menteri Kewangan, (Tun) Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham (Tan Sri) Jaffar Hussein, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi (EPU) (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop.

“Jaffar dan Nor adalah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan spekulasi tukaran wang yang bertentangan dengan prinsip perbankan.
“Malah, Rosli turut menuduh Nor, yang merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyebabkan berlakunya kerugian matawang kerana beliau adalah penyebab kepada spekulasi dan perjudian Ringgit Malaysia terhadap matawang asing.

“Beliau yang pada masa itu merupakan penasihat kepada jabatan pelaburan akan menggunakan komputer kakitangan dan menimbulkan spekulasi dan berjudi di pasaran tukaran wang asing.”
Ini menyebabkan pemain tukaran matawang asing menyangka Bank Negara mempunyai pedagang matawang yang agresif.

“Tapi Nor Yakop yang melakukan perkara itu.”
“Arahan untuk melakukan perkara itu telah dikeluarkan Daim dengan “restu” Dr Mahathir,” katanya.

Pada 1992, Bank Negara telah melabur Pound British dan kemudiannya menjadikan Pound lebih panjang, manakal George Soros, pemain utama tukaran wang asing menjadi singkat.

Apabila Pound dinilai semula, Bank Negara telah mengalami kerugian USD5.5 billion dan George Soros memperolehi USD1.7 billion.

Bank Negara bagaimanapun mendakwa ia hanya kerugian sekitar RM9.3 billion.Rosli berkata, “pakar menganggarkan Bank Negara mungkin mengalami kerugian sekitar USD27 ke USD33 billion, yang mana lima kali lebih daripada simpanan asingnya dan aset keseluruhan bernilai  USD20.7 billion pada 1992,” tambah Lim Kit Siang.

“Daripada anggaran saya di Parlimen dua dekad lalu, Bank Negara mengalami kerugian sekitar RM30 billion. Namun Bank Negara mendakwa mereka hanya mengalami kerugian sekitar RM10.1 billion pada 1992 dan RM5.7 billion pada 1993,” tegas Lim.

Bagaimanapun,Dr Mahathir yang dilihat semakin agresif sejak akhir-akhir ini cuba untuk menutup skandal kewangan tersebut.

“Sejak dua minggu lalu, beliau mendakwa Bersih adalah “persediaan” dan “pemanas badan” untuk Pakatan Rakyat melakukan demonstrasi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 jika pembangkang tewas.
“Malah, beliau turut membuat dakwaan jika Umno tewas, Melayu akan kehilangan kuasa di tanah air sendiri apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negara.”

Beliau juga mengulangi dakwaan Dr Mahathir bahawa kegagalan Umno dan BN ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan punca kepada kelemahan Umno di era pemerintahan Najib apabila mengatakan kerajaan masih lagi lemah untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Saya bersetuju dengan Rosli yang menyatakan, jika PR mengambil alih kerajaan, Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat dakwaan beliau Bank Negara kerugian RM30 bilion sewaktu 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir.

“Daripada tindakan itu, jelas Dr Mahathir khuatir penglibatan beliau dalam skandal tersebut akan terdedah.”
“Saya tidak menyatakan beliau harus menerima nasib seperti Hosni Mubarak yang dihukum penjara seumur hidup, tapi rakyat Malaysia perlu tahu kebenarannya tentang perkara ini,” tegasnya lagi.

1 comment :

  1. Orang tua ni makin merapu sejak2 kebelakangan ini.. selepas sokongan rakyat terhadap PR semakin memuncak..
    nampak sangat ketakutan telah menghantui dirinya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails