BREAKING NEWS

Nazri Aziz Pembohong Besar,Pengerusi SPR Masih Ahli Umno



Kita patut heret Pengerusi SPR dan Najib Selepas PRU ke mahkamah atas kesalahan menipu dlm pilihanraya..iaitu..rasuah pilihan raya..guna harta benda kerajaan utk kempen umno/apco..pengerusi SPR sepatutnya adalah seorang yg neutral,tidak memihak,tidak menjadi ahli parti yg bertanding dn bukan kaki putar belit dgn spin-spin yg nmpak kebodohannya..


PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR.

“Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR  jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik,” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, Saifuddin menjelaskan, “pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak.”

“Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR.

“Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan  Perlembagaan,” tegas Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam berkenaan keahlian Umno Abdul Aziz, “setelah mana-mana pihak membayar yuran keahlian parti, beliau adalah ahli parti dan tidak akan terlucut.”

Tambah Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti, sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli.

“Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai  perhimpunan dan mesyuarat parti. Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti.

“Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli, dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran,” katanya lagi.

Tambah Saifuddin, walaupun Nazri sudah sahkan status Aziz semalam, tapi hakikatnya beliau pernah menjadi ahli Umno dan itu tidak menafikan keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Apabila yuran keahlian sudah dibayar, beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya, kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti,” katanya lagi.

Nazri Aziz semalam berkata pengerusi SPR itu kini bukan lagi ahli Umno apabila Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

“Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno. “Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

Nazri turut berkata Aziz memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

Sehubungan itu, Saifuddin telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat perkara ini yang turut melibatkan Naib Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails