BREAKING NEWS

Shahrizat Patut Berambus Sendiri



Tak tahulah orang lain suka ke tidak, namun penulis memang admire dan menghormati bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
Masa beliau jadi Menteri, beliau jaga kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Orang yang berakal dan ketahanan yang tinggi sahaja layak duduk kementerian macam itu.
Datang penggantinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil…setakat mampu jaga kementerian pembangunan keluarga…itu pun entah apa dibuatnya.
Paling nampak buat kerja pun kalau ada cerita budak kena dera….8 hari lepas kejadian mula-mula dilaporkan, Shahrizat akan datang hospital peluk budak tu dengan muka dipercayai buat-buat sedih depan jurugambar.
Basi siot kaedah tu.
Masa pemilihan UMNO yang lalu, penulis masih ingat Datuk Seri Najib Tun Razak bagi nasihat pada perwakilan Wanita pilih baik-baik. Kalau tafsiran penulis tepat, rasanya beliau ada bagi hint agar kekalkan Rafidah.
Namun, perwakilan dah sarat dengan orang-orang Shahrizat dan faktor lain menyebabkan Rafidah tewas.
Tapi Rafidah masa pilihan raya menang di Kuala Kangsar…Shahrizat tersungkur di tangan budak muda….buat malu sekali lagi.
Kita semua tahu Shahrizat adalah orang Abdullah Ahmad Badawi. Kalau tidak takkanlah Khairy Jamaluddin melompat mempertahankan Shahrizat dalam isu lembu dan NFC.
Masih ada lagi dinosour Pak Lah dalam kabinet dan parti.
Rafidah pernah diserang pasal isu AP. Betul atau tidak hal AP itu malas penulis nak ulas.
Namun beliau ‘macho’ dan ‘gentleman’….lebih dari sebahagian menteri lelaki yang ada di negara ini.
Beliau berdiri atas pentas dan jawab satu persatu soalan yang dihambur ke arahnya oleh perwakilan UMNO.
Takdelah macam Shahrizat kan. Buat-buat singsing baju masa berucap dengan geng sendiri. APA BARANG BEB!
Peliknya kenapalah takda perwakilan yang bangkitkan isu lembu dan NFC masa perhimpunan tu?
Rasanya Rafidah mungkin tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang. Kalau bertanding pun bagus jugak kerana beliau masih lagi winnable candidate.
Cuma Shahrizat ni penulis tak berapa nak faham.
Dan dalam hal Shahrizat ni, penulis bersetuju sangat dengan kenyataan Rafidah kepada akhbar Malay Mail semalam.
Rafidah cakap kat Shahrizat, walaupun tak sebut namanya secara langsung…sila berundur kalau dah jadi beban pada parti dan kerajaan.
Beliau mempersoalkan apa perlunya bercuti sampai tiga minggu.
Dan yang paling menarik serta paling penulis setuju…kalau nak berambus…berambus ajelah…kenapa nak pindahkan beban tu kepada Perdana Menteri untuk putuskan.
Pada pandangan penulis, walaupun Najib Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bukan mudah untuk beliau memecat atau meminta Ketua Wanitanya berhenti begitu sahaja.
Terutama di kala pilihan raya umum boleh berlangsung bila-bila masa sahaja.
Kalau beliau buat macam tu, dan Wanita UMNO bertindak merajuk atau sabotaj…mahu terduduk UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Shahrizat sudah meletak Najib dalam kedudukan ditelan mati mak, diluah mati bapak.
Nak kekalkan masalah…nak buang pun masalah.
Beliau kena fikir juga taktikal dan survival politik beliau.
Jadi, kata Rafidah tu ada benarnya. Kenapa nak pindahkan beban tu ke bahu Perdana Menteri?
Shahrizat kena ada kesedaran sendiri.
Patutnya dia dah faham kedudukan dia sekarang. Berundur atas kerelaan sendiri dan nasihat jentera Wanita agar terus berjuang untuk UMNO dan BN.
Tenangkan penyokong sendiri dalam Pergerakan Wanita.
Ini tak abis-abis main wayang kulit. Saman orang, ambik cuti…entah apa-apa. Yang terpenting iaitu berundur sendiri tak mahu buat.
OLEH: AK-47

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails