Sila Baca Hansard Parlimen Dibawah Dan Bandingkan Pula Dengan Kenyataan Jamil Khir Kepada Para Pemberita Akhbar.
PUTRAJAYA 3 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai berniat jahat.
Katanya, permainan politik pembangkang sudah tidak amanah kerana sanggup mengetepikan aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.
"Dakwaan yang kata saya guna duit Yayasan Taqwa tidak betul,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jamil Khir mengulas dakwaan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.
Laporan itu menyebut, Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA
Lesen Peniaga Makanan Remeh Luar Sekolah Ditamatkan
1 minute ago


MAFIABOSS


Posted in:

