BREAKING NEWS

Siapakah 'ANAK JANTAN' Yang Sebenar??


KUALA LUMPUR, 26 Jun — Dilihat sebagai nada yang semakin keras, Datuk Seri Najib Razak hari ini mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan Barisan Nasional (BN) sebagai “anak jantan” dan bukan turun di jalan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Pengerusi BN ini berkata, matlamat utama Himpunan Bersih 2.0 bukan mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa  dengan mengadakan Himpunan Bersih 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk  di sini.
Najib menegaskan bahawa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya seperti mana yang didakwa Pakatan Rakyat.



“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.
“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat... tapi kita jangan buat sesuatu yang boleh timbulkan huru-hara di jalanan sebab kuasa politik di tangan rakyat bukan di jalanan,” katanya.
Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya.
Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.
Oleh Syed Mu’az Syed Putra



KUALA LUMPUR: Rancangan untuk mengadakan himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini nyata memberi kesan besar kepada Umno-BN yang bimbang dengan gelombang rakyat melondehkan kepincangan urustadbir kerajaan selama ini.

Ia bermula dengan tindakan Umno-BN memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk terus kekal berkuasa, kata ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui


“Pertamanya Umno bimbang, bila kita berjaya melondehkan kepincangan mereka dan rahsia besar mereka gunakan media serta SPR,

“Bagi saya rakyat sebenarnya telah matang, kerana mereja mahu menyertai himpunan ini kerana ianya himpunan rakyat,” katanya lagi.

Rakyat sebenarnya mahu menolak sikap dan tindakan Umno-BN yang terus menerus memperkudakan SPR, malah mahu SPR berjalan dengan baik, katanya.

Justeru beliau mendesak SPR segera menerima tuntutan Bersih antaranya penggunaan dakwat kekal, pendaftaran otomatik dan pembersihan daftar pemilih.




Mengulas mengenai kenyataan Perkasa yang mahu berhimpun menentang Himpunan Bersih 2.0, Firdaus berkata, Perkasa bukanlah parti politik yang menyertai pilihan raya.

Malah kata Firdaus, Perkasa hanya memiliki ahli Parlimen Bebas yang dahulunya menang atas tiket PAS bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum 2008 adalah kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang tidak pro kepada rakyat, menentang kezaliman, penyelewengan dan tindakan Umno yang memperkudakan SPR, katanya.

“Kenapa Perkasa nak bising, ini politik baru.Kit menuntut agar SPR kena insaf, kena umum tuntutan kami sebelum Bersih, jika tidak SPR adalah dalang kepada Umno- BN,” katanya.

Bercakap mengenai media Umno-BN yang mengimejkan Bersih sebagai kotor, Firdaus berkata, Umn- sebenarnya cemas dengan kebagkitan rakyat.

Ini kerana tuntutan Berish 2 ini bakal melemahkan Umno kerana Umno tidak boleh menyertai pilihan raya dengan padang yang samarata, katanya.

Umno sejak dahulu mengggunakan SPR untuk menang pilihan raya, kita minta Umno bermain dalam ‘padang samarata’, tetapi apa yang digambarkan sekarang ini Umno mahu terus memperkudakan SPR, katanya.

Beliau memberikan jaminan, jika polis dan pihak berkuasa tidak menghalang himpunan ini, himpunan tersebut akan berjalan dengan aman dan tenteram.-detikdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails