BREAKING NEWS

Bila Masa Pulak Rakyat Berniat Untuk Perangi Agong??




 

Polis telah menuduh rakyat yang prihatin cuba perangi Agong? Bila masa pulak rakyat berniat untuk perangi Agong,niat rakyat yang prihatin hanyalah satu iaitu untuk perangi penyelewengan,rasuah dan ketidakadilan pentadbiran 1Malaysia yang telah berlarutan sejak sekian lama.Betapa bobroknya pentadbiran 1Malaysia yang telah memperkudakan sepenuhnya pdrm,sprm,spr,peguam negara,mahkamah dan agensi-agensi kerajaan yang lain semata-mata untuk menindas rakyat dan parti-parti pembangkang.


Seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj akan dihadapkan di mahkamah sekitar 3 petang ini untuk perintah tahanan reman. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis.
Semalam, polis menahan 31 orang termasuk wakil rakyat itu, kesemuanya aktivis PSM di plaza Tol Sungai Dua.
Menurut laporan media semalam, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.
Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.
Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122,” kata beliau.
Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.
Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.
Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.
Penganjur Bersih 2.0 sejak kelmarin mengadakan program jelajah di beberapa bandar utama di seluruh negara.
Tindakan polis menggunakan tuduhan baru mendakwa kononnya Bersih cuba ‘berperang’ dengan YDP Agong dijangka akan menyebabkan ketegangan di kalangan rakyat manakala golongan atas pagar yang sebelum ini yang sudah kembali berpihak kepada Barisan Nasional(BN) dijangkakan akan kembali berdiri di atas pagar kerana kesal dengan tindakan PDRM dan kerajaan BN yang masih bersifat defensif dengan perjuangan hak demokrasi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Seorang pemerhati yang tidak ingin dikenalpasti hanya mampu berasa hairan dengan tindakan kerajaan melalui PDRM yang cuba melaga-lagakan rakyat supaya mereka mempunyai sebab untuk bertindak seperti mengistiharkan Darurat sekiranya suasana provokasi yang didakwa sebagai dibuat sendiri oleh  polis untuk kepentingan kerajaan BN.
Beliau juga nyata kesal kerana polis menyamakan tindakan Bersih sepertimana tindakan sekumpulan pelampau Islam Al-Maunah yang pernah menggamatkan negara apabila merampas senjata-senjata tentera di sebuah kem tentera Utara Semenanjung Malaysia suatu masa dahulu. Tindakan ini dipercayainya sengaja mengheret institusi diraja mendapat nama buruk di samping kegagalan BN mendapat sokongan padu seperti masa-masa lalu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails