BREAKING NEWS

Saksikan Video Seks 'LELAKI X'


SAKSIKANLAH KEBENARAN INI

Part 1


Part 2


Part 3


Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.




Johari, antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.Lelaki X
'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.

Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.

Johari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebabai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek

"Saya ambil peranan untuk bertanggungjawab. Saya sendiri bertanggungjawab seratus peratus (atas tindakan ini)," katanya.

"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

1 comment :

Related Posts with Thumbnails