BREAKING NEWS

Penderhaka kepada rakyat Kelantan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan

MAFIABOSS2U:
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, yang berjumlah RM20 juta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Awang Adek (kiri), yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, dilantik untuk menguruskan agihan wang ehsan berkenaan atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata, mesyuarat jawatankuasa untuk pengagihan wang ehsan itu akan berlangsung pada Mac nanti untuk membincangkan kaedah agihan peruntukan itu.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju dengan pelantikan Awang Adek untuk ketuai jawatankuasa ini.

"Agihan wang ehsan RM20 juta itu akan disampaikan kepada rakyat Kelantan pada April nanti,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan dan sambutan Maulidur Rasul di Kota Bharu hari ini.- Bernama

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails