Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.
Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.
"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.
"Sebaliknya
mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN
perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan
kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di
Tapah hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.
- Bernama



Post a Comment