BREAKING NEWS

Polis juga diiminta siasat Blogger Cybertrooper Umno Papa Gomo dan Pierre Lim kerana menghina Sultan Johor.



MAFIABOSS2U:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa Polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kes menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

DPPWP berharap bukan Aduka Taruna sahaja yang disiasat dan didakwa, sedangkan orang lain dilepaskan. Rakyat akan melihat Aduka Taruna sebagai kambing hitam dan Polis akan dianggap berat sebelah jika siasatan menyeluruh tidak dibuat.

Semalam, DPPWP juga menerima beberapa maklumat lain yang turut melibatkan beberapa blogger lain termasuk cybertrooper Umno yang turut menyebarkan berita palsu serta menghina Almarhum Sultan.

Cybertrooper Umno, yang mengunakan nama Papa Gomo dalam Facebook telah menyebarkan berita palsu mengenai kemangkatan Sultan, walhal Baginda hanya disahkan meninggal dunia lewat petang 22 Januari lalu.

"Takziah buat seluruh kaum kerabat Sultan Johor atas kemangkatan Baginda Sultan pagi tadi"
Begitulah berita yang disebarkan oleh Papa Gomo pada hari berkenaan sedangkan pada waktu itu belum ada pengumuman rasmi dari Istana. Kata-kata beliau itu pastinya menguris perasaan rakyat yang mana Sultan belum mangkat tetapi telah dihebohkan berita kemangkatannya oleh Cybertrooper Umno yang tidak bertanggungjawab.

Selain beliau, seorang lagi pengguna lama Facebook, Pierre Lim telah mengunakan gambar Almarhum Sultan dan disyaki mewujudkan satu akaun Facebook atas nama Baginda dengan meletakan nota;

Seorang blogger lain yang mengunakan nama samaran "Gutter Malaysia" di url: guttermalaysia.blogspot.com/ telah membuat satu artikel biadap dengan tajuk "Sultan of Johor is Dead ! Bravo!". Artikel ini bukan sahaja menghina Almarhum Sultan tetapi turut menghina penganti baginda dan, Sultan Ibrahim dan Allah.


Beberapa komen biadap juga terdapat dalam artikel berkenaan.

DPPWP mengesa agar Pemuda PAS Negeri Johor segera membuat laporan Polis terhadap kebiadapan ini kerana dikhuatiri perbuatan ini akan menjadi lebih buruk jika didiamkan.

DPPWP menyeru agar Umno Johor membuat laporan yang sama seperti 25 laporan Polis yang dibuat ke atas Aduka Taruna sebagai membuktikan bahawa mereka benar-benar sayangkan Sultan dan akan menghukum penderhaka Istana walaupun ianya Cybertrooper mereka.

Diharapkan Pasukan Siasatan Khas Polis membuat siasatan serius terhadap isu ini kerana diyakini, lebih ramai lagi yang menghina Almarhum Sultan tetapi belum disiasat.

DPPWP juga menolak penggunaan akta ISA dalam isu ini dan mahu ianya diselesaikan mengikut saluran perundangan di Mahkamah.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

-harakahdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails