BREAKING NEWS

ADUKA TARUNA HANYA MENGIKUT CONTOH YANG DITUNJUKKAN UMNO



MAFIABOSS2U:

UMNO yang memulakan usaha dan pergerakan membenci serta mengutuk Raja-Raja Melayu. Aduka Taruna, sebagai anak muda, hanya meniru dan mengikut contoh yang ditunjukkan UMNO semata-mata. Aduka Taruna adalah produk pembentukan pemikiran yang selama ini digunakan oleh UMNO ke atas orang Melayu. Mengapa mahu menghukum Aduka Taruna. Beliau tidak berdosa. Yang patut dihukum adalah UMNO.


1.0 Bukan Annuar Musa dahulu pernah menabalkan Raja baru, satu tindakan yang jelas derhaka kepada Raja? Di mana tindakan ke atas beliau?

2.0 Ke mana tindakan kepada puak2 ini yang diambil oleh polis? ADakah kerana mereka UMNO, maka mereka bebas mengutuk Raja-Raja Melayu?

3.0 Bukankah Dr Mahathir telah berusaha bersungguh-sungguh membuang kekebalan Raja-Raja Melayu sebanyak dua kali? Di mana tindakan terhadap Dr Mahathir?

4.0 Bukankah Mat Taib pernah berbohong kepada Sultan Selangor SECARA BERTULIS sewaktu beliau bernikah dengan Ku Yah di Siam? Dimana tindakan pada Mat Taib?

5.0 Bukankah PAk Lah sendiri engkar keputusan Raja Perlis melantik Mat Isa Sabu sebagai MB Perlis, kemudian terpaksa tarik balik keengkaran beliau. Mana tindakan ke atas Pak Lah?

Ini bererti Aduka Taruna cuma mengikut contoh yang telah ditinggalkan UMNO semata-mata. Tidak lebih dari itu.

Tulang Besi

ps sekurang-kurangnya Aduka Taruna berani minta maaf secara terbuka.
 
Sumber:Tulang Besi/perisikrakyat

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails