BREAKING NEWS

Adakah kerajaan kita lebih bermoral dengan membina satu lagi istana yang bernilai RM1.1billion?



MAFIABOSS ONLINE:

Sewaktu reformasi Iran dahulu, orang memperkatakan tentang kemewahan Istana Shahan Shah yang begitu membazir membelanjakan wang khazanah negara.

Begitu juga takala kejatuhan Iraq, dunia mengutuk Sadam kerana membina banyak istana untuk dirinya.Termasuklah negara kita sendiri mengutuk Sadam – membazir wang sedangkan rakyatnya sengsara miskin kebuluran.

Dan kini kerajaan UBN sedang menyiapkan sebuah lagi Istana Negara untuk Yang DiPertuan Agong.

Kita kini sudah mempunyai dua istana – di Jalan Syed Putra and di Putrajaya . Baginda yang DiPertuan Agong sendiri tidak pernah meminta untuk dibinakan sebuah istana baru.

Kita tidak tahu kenapa perlu sebuah lagi istana di Jalan Duta.Kenapa kita perlu ada 3 buah istana dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jarak perjalanan dengan iringan polis hanya mengambil masa kurang satu jam?

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-9, semua projek istana diwajibkan dikelolakan melalui tender terbuka.

Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan Istana Negara ini berlaku penyelewengan dan tidak melalui tender terbuka yang akibatnya dari harga asal RM400 juta kini sudah menjadi RM1.1billion!

Oh! Ini tentu projek penyelewengan perampok bagi tujuan untuk mendapatkan komisyen yang besar.Lagi mahal, lagi besar komisyen yang boleh diperolehi.

Sebab itu harga asalnya RM400 juta; tapi kerana Umno boleh, kini sudah mencecah RM1.1billion!

Hoi Ceupacs! Kenapa mudah diperbodohkan oleh si Najib? Ingat apa kata PM Najib apabila Ceupacs minta bonus ? Najib kata :

"...adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja." Ingat tu... salah di segi moral!

Adakah kerajaan kita lebih bermoral dengan membina satu lagi istana yang bernilai RM1.1billion?

Itu belum lagi kos penyelenggaraan yang akan melibatkan RM juta-juta sebulan.

RM1.1billion! Bayangkanlah…berapa banyak sekolah dan hospital dapat dibina ? Berapa banyak jambatan untuk kampung-kampung yang mundur ? Bayangkanlah ….komisyen Istana Negara…komisyen kapal selam.
-Al-Husseyn














1 comment :

  1. tidak, tidak dan tidak sekali!!! Kerajaan Perak sejak pemerintahan UBN lagi, masuk MB Haram bina Istana Kinta... pulak katanya 115 juta ringgit.Al Kisah, Raman Hashim,SUK nak bodek, bagi tanah rumah dia.. pastu depa buat rumah dia yang baru.. telan belanja 15 juta... baguih punya kerajaan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails