BREAKING NEWS

SORRY!! DATUK SERI!! SAYA NAK TAMBAH SIKIT NI..JANGANLAH MENJADIKAN RASUAH SEBAGAI MAKANAN RUJI!! BOLEH RUNTUH NEGARA TAU!!

Umat Islam Dinasihat Tidak Berpuak-puak

MELAKA, 19 Sept - Umat Islam tidak boleh berpecah atau berpuak-puak kerana kelemahan itu akan digunakan oleh musuh Islam untuk menguasai mereka, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Katanya benteng terbaik umat Islam kini ialah mereka perlu sentiasa memperkukuhkan perpaduan, toleransi, menguasai ilmu dan mengekalkan keamanan yang menjadi tuntutan dalam Islam dan juga agama lain.

"Konsep 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia," katanya pada perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari Ahad.

Mohd Ali juga berkata kedatangan Syawal ini akan meningkatkan keyakinan dan kesungguhan umat Islam untuk meneruskan lagi kemenangan dan kejayaan yang dicapai pada bulan Ramadan.

"Semoga kita akan terus menjadi umat Islam yang cemerlang dan sentiasa diberkati serta dirahmati dan diberi kemenangan oleh Allah SWT," katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas sempena musim perayaan ini.

SUMBER:BERNAMA

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails