BREAKING NEWS

KENA SIASAT CEPAT NI!! TAKUT NANTI RAKYAT AKAN TAHU PENYELEWENGAN YANG TELAH BERLAKU!!

PM: Polis siasat kertas kabinet PKFZ di Internet

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata polis akan menyiasat mengenai Kertas Kabinet berkaitan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan di internet kerana kertas itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).Beliau berkata tindakan itu bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapat maklumat yang sepatutnya, tetapi tindakan mendedahkan Kertas Kabinet di internet merupakan alasan yang tidak boleh diterima."Dalam kes PKFZ ini, apa-apa yang patut kita beritahu kepada rakyat, kita akan maklumkan nanti, tetapi bukan satu alasan yang boleh diterima mendedahkan Kertas Kabinet (di internet)."Apa pun kertas Kabinet masih di bawah OSA dan sesiapa dedahkan Kertas Kabinet, polis akan menyiasat. Tengok kepada siasatan nantilah, apa-apa tindakan boleh diambil berdasarkan OSA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas penyelarasan program Permata Negara di Putrajaya hari ini.Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Kertas Kabinet berkaitan PKFZ yang didedahkan di sebuah laman web.- Bernama

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails