BREAKING NEWS

DULU,KINI DAN SELAMANYA...TIPU! TIPU! PUTAR! PUTAR! BELIT! BELIT!

Pindaan perlembagaan Umno ibarat 'lepas batuk di tangga'

Pindaan perlembagaan Umno dibuat sekadar "melepaskan batuk di tangga" dalam keadaan tergesa-gesa pada perhimpunan agung tahunan Oktober ini walaupun ahli tidak memahaminya, kata bahagian Bukit Mertajam.

"Saya pun tak faham (cadangan itu), macam mana nak bincang untuk pinda,” kata ketuanya Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kenapa tak boleh buat tahun depan? Kenapa nak buat juga tahun ini? Pemilihan sudah habis. Cara buat macam lepaskan batuk di tangga, kita pun tak faham."

Jawatankuasa pindaan yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjemput setiausaha perhubungan negeri-negeri dan menerangkan kepada mereka berhubung perkara itu sebelum mesyuarat bahagian, kira-kira dua bulan lalu.

"Beliau cerita setakat mana yang beliau dapat. Bila ditanya, nak terang semula, semula tidak boleh. Nak bincang apatah lagi," jelas Musa.

Senator itu mencadangkan ahl-ahli jawatankuasa perhubungan dan ketua bahagian sepatutnya diajak berbincang terlebih dahulu sebelum dibawa ke mesyuarat agung bahagian untuk diluluskan – mesyuarat terakhir 16 Ogos lalu.

"Akar umbi tidak tahu, macam mana kami nak terima. Sepatutnya beliau turun ke negeri-negeri seperti mana (timbalan presiden) Tan Sri Muhyiddin Yassin buat untuk meminda perlembagaan berhubung etika pemilihan parti (tahun lalu)," kata Musa.

Menurutnya, cadangan pindaan tersebut memerlukan masa yang panjang untuk dibincang di peringkat bahagian sebelum diluluskan dan bukan dalam masa dua atau tiga hari.

Cadangan pindaan tersebut – antaranya, menghapuskan sistem kuota pencalonan dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi secara langsung di peringkat bahagian – untuk menangani gejala politik wang dalam Umno.

Umno Bukit Mertajam sehingga kini masih tetap dengan pendiriannya untuk menentang cadangan pindaan tersebut yang akan dibahaskan pada perhimpunan agung parti pada 13-16 Oktober.

"Ia adalah keputusan muktamad bahagian dan bukan keputusan saya," katanya.

Awal bulan lalu, 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian berkenaan sebulat suara memutuskan untuk menolak cadangan pindaaan tersebut dengan dalam ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Sumber:malaysiakini

2 comments :

Related Posts with Thumbnails