BREAKING NEWS

TERLEBIH!! SUDAH!! Tuntutan RM3.5 juta melampau

 
GEORGETOWN - Tuntutan RM3.5 juta bagi setiap penduduk Kampung Buah Pala melampau dan tidak boleh diterima akal.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, penduduk perlu berfikiran waras dengan tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk dipenuhi oleh pemaju atau Kerajaan Negeri yang sememangnya di luar kemampuan semua pihak.


Katanya, penduduk juga perlu lebih rasional dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan masa depan, yang akhirnya akan menyebabkan mereka kehilangan segala-galanya kelak.


“Saya faham tuntutan penduduk yang macam mahu RM3.5 juta bagi setiap keluarga berdasarkan harga tanah yang dibeli oleh koperasi (Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad) dahulu. Itu adalah isu lain.


“Jangan terlalu tamak dengan mengemukakan pelbagai tuntutan yang tidak wajar,” katanya kepada media selepas merasmikan Bulan ICT anjuran Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) di sini semalam.


Beliau berkata akibat sikap degil dan melampau, penduduk terbabit kini mulai kehilangan sokongan orang ramai yang bosan dengan tindak-tanduk dan permintaan mereka yang tidak munasabah.


Justeru beliau menggesa penduduk supaya menerima sahaja rumah dua tingkat yang ditawarkan kepada mereka oleh Nusmtero Ventures (P) Sdn Bhd, syarikat yang akan memajukan tanah milik sebuah koperasi yang kini didiami oleh mereka.


Menurutnya, jika penduduk masih tidak bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh pemaju, Kerajaan Negeri tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana tawaran yang diberikan itu adalah yang terbaik pernah dikemukakan kepada mereka.


“Penduduk Kampung Buah Pala boleh terus mengadakan demonstrasi atau ke mahkamah setiap hari jika tidak puas hati. Tetapi adakah dengan cara ini mereka akan mendapat tawaran yang lebih baik atau rumah yang lebih besar dan mahal.


“Saya bimbang dengan sikap seperti ini yang dicetuskan oleh beberapa penduduk menyebabkan semuanya akan mengalami kerugian,” katanya.


Guan Eng berkata, tawaran itu wajar kerana ia mengiktiraf mereka sebagai penduduk Kampung Buah Bala dengan pemberian pajakan 99 tahun.


“Kerajaan Negeri tidak mahu menganggap mereka sebagai setinggan haram seperti yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.


“Jika tidak, terpulanglah kepada penduduk untuk menentukan nasib dan masa depan mereka kelak,” katanya.


Isu Kampung Buah Pala tercetus selepas Mahkamah Persekutuan mengeluarkan perintah supaya 23 keluarga yang tinggal di tanah milik Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pulau Pinang itu, mengosongkannya 2 0gos lalu.


Namun penduduk enggan berpindah dengan mendakwa tanah itu diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini tanpa persetujuan mereka.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails