BREAKING NEWS

TAKUT MAKAN ASAP FREE!! Maafkan Nik Aziz-Awang Selamat


AWANG tidak terkejut dengan reaksi keras Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang menolak sekali lagi sebarang kemungkinan diadakan perbincangan antara UMNO dan Pas bagi tujuan perpaduan.

Dua hari selepas memberikan isyarat positif untuk membina hubungan lebih baik antara kerajaan negeri Kelantan pimpinannya dan kerajaan Pusat, beliau mengeluarkan kenyataan “Pergi jahanam UMNO”.

Perkembangan tersebut menepati bacaan banyak pihak dan ramai orang Islam bahawa Nik Aziz sudah tidak boleh diharapkan lagi. Ramai ahli Pas juga kecewa kerana Tok Guru mengambil pendirian yang keterlaluan terhadap UMNO tetapi pada masa yang sama mengikut rentak DAP dan PKR.

Pada Awang, usahlah kita kecewa. Untuk apa kita gundah kalau pemikiran Nik Aziz sudah jumud. Ini semua ada hikmah. Malah Awang melihat ia adalah petanda kejatuhan Nik Aziz. Sudah terbukti dalam sejarah Islam, mana-mana pemimpin yang riak dan angkuh terhadap kelompok Islam yang lain di samping menghalang perpaduan, tidak dapat bertahan lama. Menyebut perkataan jahanam itu sendiri tidak mencerminkan tingkah laku mulia orang Islam lebih-lebih lagi seorang yang dianggap Tok Guru dan pemimpin parti berlabel Islam.

Pilihan raya Kecil Manek Urai memperlihatkan, bermulanya kemerosotan pengaruh Nik Aziz antaranya kerana menentang idea perbincangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang. Lebih banyak gambar Nik Aziz berdoa berbanding gambar calon tetapi impaknya sudah tidak seberapa.

Awang yakin ramai pemimpin dan ahli Pas tidak berkongsi sentimen dengan Nik Aziz. Janganlah kita menghukum Pas hanya kerana pendirian Menteri Besar Kelantan itu. Percayalah masa depan parti itu apa lagi perpaduan umat Islam bukan ditentukan oleh Nik Aziz. Sebagai orang Islam, Awang tetap menghormati beliau terutama kesederhanaan hidupnya. Maafkanlah beliau.

Apa pun janganlah putus asa untuk menggerakkan perpaduan biarpun ada pemimpin Islam sendiri yang menjadi penghalang. Adakalanya Allah menguji kita dengan pemimpin sebegitu.

Sumber:utusanonline

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails