BREAKING NEWS

ADA FAHAM KA?? 'Amaran Terakhir' Kepada Rakyat 1Malaysia

SEREMBAN – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengimbas kembali tujuh wasiat Raja-raja Melayu sebagai ‘amaran terakhir’ kepada rakyat negara ini.

Beliau berkata, wasiat dimaksudkan Raja Muda Perak itu mempunyai pengertian mendalam, tetapi gagal dihayati sepenuhnya rakyat sehingga sekadar dijadikan bahan sejarah lampau.

“Mungkin ramai yang lupa terhadap wasiat itu apabila hanya menjadikannya sebagai bahan sejarah. Tetapi, Raja Muda Perak menjadikannya sebagai satu amaran kepada semua rakyat Malaysia bukan saja Melayu, malah bangsa lain supaya wasiat itu tidak hanya berbentuk kontrak sosial, ” katanya kepada media pada sidang media selepas merasmikan Seminar ESQ 165 (Kecerdasan Emosi dan Spiritual) membabitkan Kementerian Pertahanan di Royale Bintang Resort & Spa, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; dan Pengasas Model ESQ 165, Dr Ary Ginanjar Agustian.

Ahmad Zahid berkata demikian merujuk kepada ingatan Raja Muda Perak terhadap rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan turut berharap agar pandangan beliau mengenai kenyataan Raja Nazrin Shah itu tidak disalah anggap sebagai membangkit isu perkauman.

“Saya tidak bermaksud untuk bangkitkan sebarang isu perkauman, cuma sekadar menyebut apa yang dilontarkan Raja Muda Perak itu. Saya terjemahkan sebagai ‘amaran terakhir’ untuk semua orang tidak kira Melayu atau tidak, khususnya di Semenanjung Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.

Beliau turut mengajak rakyat di negara ini menghormati tujuh wasiat Raja-raja Melayu itu sebagaimana beliau sendiri amat menghormatinya.

Dalam pada itu, beliau berkata, modul ESQ 165 mampu memberi nilai tambah terhadap beberapa kursus dilaksanakan kementeriannya selama ini.

Malah, menurutnya, kursus berkenaan juga ternyata tidak mengetepikan aspek keagamaan yang turut meliputi agama lain, sebaliknya bersesuaian terhadap apa yang terkandung dalam Islam.

Pada program itu, seramai 300 pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengikuti kursus tiga hari itu yang menerapkan pembangunan modal insan menerusi elemen fizikal dan spiritual.

1 comment :

  1. Siasat jangan tak siasat,tapi adakah mahkamah dalam Malaysia ni betul2 bebas dari campurtangan kerajaan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails