BREAKING NEWS
Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Rakaman Video Pegawai Kastam Ambil Rasuah Secara Terang-Terangan di KLIA





Kakitangan beruniform yang ditempatkan di lapangan terbang adalah barisan pertahanan hadapan sesebuah negara, tetapi apabila mereka didapati mengambil rasuah untuk "buat-buat tidak nampak", ia adalah tanda masalah yang lebih besar sedang melanda masyarakat - rasuah. Dan ini turut mengundang satu lagi isu yang serius - keselamatan negara.

Sebuah rakaman video sedang tersebar di Internet, yang memaparkan beberapa orang pegawai kastam yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menerima rasuah daripada penumpang yang telah membawa bagasi lebih had yang dibenarkan.

Rakaman CCTV hampir 10 minit ini dikeluarkan oleh pemantau jenayah, MyWatch dan menjadi ‘viral’ di Facebook. Rakaman ini telah dilakukan oleh pegawai kastam juga, atau seseorang yang mengendalikan CCTV itu, yang jelas jijik dengan tingkah laku pegawai-pegawai penyangak ini.

Video ini menunjukkan beberapa orang pegawai mengumpulkan penumpang di karusel bagasi. Salah seorang daripada mereka, seorang pegawai lelaki yang beruniform lengkap, mengambil bagasi besar milik seorang penumpang wanita dan menggeladahnya.

Difahamkan bahawa penumpang ini adalah warga tempatan yang pulang dengan lebih bagasi daripada apa yang dibenarkan.

Dalam kes pertama, pegawai itu dilihat memeriksa kandungan bagasi yang kelihatan seperti mengandungi telefon bimbit dan beberapa barangan lain. Tidak berpuas hati dengan penemuan ini, pegawai itu kemudian bergerak ke troli bagasi yang sebelum itu ditolak wanita itu.

Pegawai itu menjumpai sebuah bungkusan yang mengandungi minuman keras mahal dan beberapa barangan lain. Selepas itu, dia kembali kepada wanita itu dan "berunding" syarat untuk melepaskannya, walaupun barangan yang dibawanya tidak pernah diisytiharkan.

Di pertengahan video, wanita itu dilihat mengeluarkan beberapa keping wang kertas daripada dompetnya dan memberikannya kepada pegawai penyangak itu, yang dengan serta-merta menyimpannya, sambil tersenyum lebar. Wanita itu kemudian mengumpul bagasinya semula dengan cepat dan berlalu dari tempat kejadian, seolah-olah tiada apa yang telah berlaku .

Kira-kira dua minit kemudian, rakaman itu juga merekod tindakan seorang pegawai lain mengambil rasuah daripada penumpang yang lain. Pegawai ini, yang berpakaian kemeja lengan pendek dengan jaket, sebelum itu menahan beberapa orang pelancong dengan beberapa bagasi yang besar, termasuklah beberapa batang raket badminton.

Pegawai yang berkaca mata ini kemudiannya dilihat secara sorok-sorok mengambil sesuatu yang diberikan penumpang itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar. Sekali pandang, ia kelihatan hanyalah seperti berjabat tangan, tetapi helah mereka tidak dapat disembunyikan dari kamera.

Penumpang kedua ini juga menutup bagasinya dan segera berjalan pergi selepas itu. Kedua-dua pegawai dan seorang lelaki ketiga, juga berpakaian seragam, kemudiannya dilihat berkumpul dan membincangkan sesuatu, mungkin mengenai ‘hasil kutipan’ masing-masing pada hari tersebut. Mereka kemudiannya bergerak ke penumpang lain, sebelum rakaman ini berakhir.

Bagi saya, mereka kelihatan seperti sekawanan burung pembangkai yang mengelilingi mangsanya. Ini merupakan satu keadaan semasa yang menyedihkan.

Rakaman ini menunjukkan tahap rasuah yang melanda negara pada hari ini. Setiap orang, dari rakyat kebanyakan sehinggalah mereka yang berkuasa, mahu mendapatkan "bahagian" supaya mereka dapat terus hidup – tanpa mempedulikan akibatnya dan etika.

Pengarah MyWatch, R Sri Sanjeevan telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu tetapi setakat ini masih tidak ada sebarang tindak balas daripada mereka, ataupun Jabatan Kastam.

Adalah menggusarkan yang pegawai-pegawai ini, yang diamanahkan untuk menjaga "pintu masuk" negara, boleh dibeli dengan harga hanya beberapa ratus ringgit, ataupun kurang. Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka "buat tidak nampak" selepas menerima sogokan daripada pihak yang berbahaya, seperti pengganas yang membawa masuk senjata kimia ke negara kita.

Adakah kita bersedia untuk menanggung risiko ini?


Saksikan aksi jijik pegawai-pegawai penyangak kastam yang diamanahkan untuk menjaga "pintu masuk" negara..

 

Ketua Menteri Haprak! Ali Rustam Sebar Fitnah Jahat !!




MELAKA: PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.-HD

Mana Lu Mau Lari Rais Anak Yatim??

Wajah bekas majikan kesayangan Robengah.

 


'Jingga 13' yang di ketuai oleh Ketua Koordinator Fariz Musa telah membuat laporan kes pemerkosaan terhadap Rais Yatim kepada pihak polis dan Kedutaan Besar Indonesia.



Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. 


 Robengah



AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.

“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
 
Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Oleh Aliff Fikri

Nazri Aziz Menjadi Aset Berguna Kepada Perompak-Perompak Wang Rakyat

  

Kah..kah..kah.. aset haramjadah la namanya tu..mmg lu ni jenis spesis kerang busuk..hanya perompak dan penyamun harta rakyat saja yg anggap lu sebagai aset...sampai bila lu mau guna platform politik lapuk lu tu utk merompak harta rakyat?? lu anak beranak 2x5 saja..guna nama ketuanan melayu hanya utk menyamun wang rakyat..lu sangup jadi barua Michael Chia,janji lu anak beranak masyuk..apa lu ingat rakyat Malaysia sekarang bodoh mcm lembu nfc ka??

KUALA LUMPUR - "Saya aset bukan liabiliti," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN).

Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah ‘aset’ kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.

“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi  itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.

Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.

"Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.

“Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar ... jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” kata Nazri.

OLEH ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

Sketsa Menteri Undang-Undang Yang Paling 'Haramjadah'


 

Siapa yang tak kenal menteri mulut celupar (mulut limbah) Nazri Aziz. Menteri yang terkenal mempertahankan setiap undang-undang dan peraturan yang menekan dan menzalimi rakyat. Memang dah sinonim dengan Nazri.
Inilah menteri yang tidak pernah menunjukkan rasa simpati ke atas penderitaan rakyat. Segala undang-undang dan peraturan perlu mengikut telunjuk si mulut celupar ini.
Dan undang-undang serta peraturan, tidak pula diguna-pakai untuk kaum kerabat dan kroni. Sebab itu, anaknya bebas memukul rakyat, menzalimi rakyat namun terlepas begitu saja. Jika mengikut standard Najib, Nazri ini layak diberikan gelaran Menteri Undang-undang Haramjadah.
Kini telah terdedah kepada umum betapa menteri ini mampu mengumpul harta dan kemewahan secara yang tidak bermoral. Malah Micheal Chia, seorang yang didakwa sebagai penggubal wang haram pun dengan mudah 'dibersihkan' oleh Nazri kerana Chia berkawan baik dengan anaknya, si Nadim.
Salah satu penemuan yang amat memeranjatkan kita sebagai rakyat (yang rata-rata terpaksa mengikat dan mengalas perut) ialah gambar sebuah kediaman laksana mahligai di bandaraya Kuala Lumpur yang dimiliki oleh anak si menteri mulut jamban ini.
Gambar di bawah menunjukkan sebuah kolam renang di unit 'mahliga atas angin' yang dimiliki oleh anak si menteri yang bernama Nedim. Patutlah beriya-iya sangat si Nazri cuba mengelak desakan agar semua menteri umno dan Barisan Nasional mengisytiharkan harta mereka.
Di kala rakyat di Padang Rengas hidup dikelilingi longkang dan parit yang kotor dan tersumbat, anak si menteri hidup mega-mewah di kediaman yang dikelilingi kolam renang. Mudah-mudahan ianya bukan daripada hasil 'menjual Gunung Pondok' kepada kilang simen YTL (sebelumnya, Perak Hanjoong). Maklumlah, orang jual tanah, kamu jual gunung.... harap-harap, tidaklah..
Mampukah kamu pikul mahligai dan kolam renang anak kamu ketika berhadapan dengan Allah Azza Wajaalla di sana nanti? Itu baru mahligai dan kolam renang. Dan itu baru di Kuala Lumpur....



Lebih banyak pendedahan mengenai hubungan anak Nazri dengan penggubal wang haram, Michael Chia, di sini. (SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR).
Anak Nazri...

(Lebih banyak foto anak Haji Mohamad Nazri Aziz di sini.)

- Weblog M@RHAEN. (sumber: King Jason & Malaysia Kini)

Legasi Bapa 'Penyamun' Dan Anak 'Perompak'



SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.

Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.

Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.

Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.

OLEH MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

Nazri Aziz Mempunyai Kepentingan Dalam Skandal RM40 Juta Michael Chia Dan Musa Aman






Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.

Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

2. Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence:

Lampiran C menunjukkan 4 gambar.

Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.

Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.

Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.

Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.

Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

3. Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776

Lampiran D menunjukkan 5 gambar.

Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.

Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).

KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

Rafizi Ramli

Pengarah Strategi KEADILAN

Noh Omar Berdangdut Lagi!! Benih Padi Kena Songlap!!

 
Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

Di samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.   

Salah sebuah pembekal benih padi terbesar di negara ini yang memenangi kontrak kerajaan, mengakui bahawa syarikatnya tidak memenuhi kriteria tender, tetapi menegaskan begitu juga dengan yang lain-lainnya.

"Ini bukan satu isu," kata Mansor Md Nor, pengurus Haji Md Nor bin Haji Abd Rahmah (M) Sdn Bhd (HMN).

Ditanya mengenai dakwaan bahawa syarikatnya melanggar kriteria tender yang memerlukan pembida mempunyai kilang sendiri, beliau mengakui sebuah daripada dua kilang yang dikendalikan oleh HMN,  dipajak daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, yang merupakan sebuah agensi pusat.

Menurutnya, kilang (di Sungai Burong, Selangor) dalam keadaan yang teruk dan selepas pihaknya mengambil alih, ia diubahsuai, dan dibaiki bagi memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

HMN mendapat kuota dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membekalkan 20,000 tan benih padi kepada petani dari tahun 2013-2014.

Ini merupakan jumlah kedua tertinggi di kalangan semua 10 pembekal
bumiputera, seperti yang dipaparkan di lamanweb kementerian berkenaan.

Kuota yang diperolehi HMN itu dan Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd, yang mendapat kuota tertinggi sebanyak 22,000 tan - merupakan 52.5 peratus daripada keseluruhan jumlah kuota bekalan tahunan sebanyak 80,000 tan.

Seorang jurucakap syarikat Seri Merbok enggan mengulas ketika dihubungi, dan menyerahkan isu tersebut kepada Kementerian Pertanian.




Minggu lepas Naib Presiden PAS Mahfuz Omar telah mendedahkan di Parlimen surat yang didakwa bocor, yang kononnya dihantar oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat tersebut menyatakan RM164.8 juta diperuntukkan untuk bekalan benih padi di bawah program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dikatakan telah diberikan kepada pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender.

Menekankan bahawa HMN, yang ditubuhkan pada tahun 1992, adalah perintis dalam industri tersebut, Mansor berkata Mahfuz gagal untuk mengumpul maklumat yang komprehensif mengenai perkara itu.

Mansor berkata, mereka yang mengadu mengenainya adalah ahli politik, tetapi rakyat sendiri tidak mengadu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu isu politik kerana menurutnya, jika rakyat tidak mahu, mereka tidak perlu membeli benih daripada syarikatnya.

Sebaliknya, tegasnya, syarikat tersebut telah membuktikan bahawa ia mempunyai kapasiti untuk memproses benih padi.
Related Posts with Thumbnails