BREAKING NEWS
Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts
Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts

Ampun Tuanku !! Tolong Pecat Najib Dan Peguam Negara



Raja-Raja Melayu dipohon bertindak lebih keras dengan memecat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali susulan kontroversi berpanjangan 1MDB.
Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata raja-raja sebagai payung negara tidak boleh membiarkan institusi awam dan pegawainya bersendirian apabila berlaku “ugutan” ketika menyiasat isu itu.
Beliau membangkitkan kes perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas polis Datuk Hamid Bahador.
“Ke bawah DYMM Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institusi raja-raja tercalar oleh institusi awam yang berdiri atas nama diraja bertindak berasaskan campur tangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang,” katanya.
Mahfuz mendakwa “pentadbiran negara sekarang tak ubah seperti mana perjalanan pentadbiran sebuah kumpulan mafia”.
“Dalam kumpulan mafia siapa lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya,” katanya.
Beliau juga berdoa supaya Allah memberikan petunjuk serta kekuatan untuk raja-raja bertindak "berani kerana benar" melindungi negara dan rakyat.
Bernama semalam melaporkan raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan”.

Polis Dan Peguam Negara Merestui Siri Serangan Samseng Umno Ke Atas Pakatan Rakyat ??

 Adakah Peguam Negara yang tidak mahu membuat pertuduhan atau polis sebenarnya yang tidak menyiasat???






LIHATLAH DUNIA...siri serangan ganas yang tidak bertamadun oleh samseng-samseng umno terhadap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Adakah rakyat akan terus membiarkan kerajaan Umno/BN ini terus berkuasa dengan gaya politik kotor dan ganas yang mereka amalkan ini??.Siri tangkapan dan pendakwaan terpilih oleh Polis dan Peguam Negara benar-benar telah mencabul kedaulatan undang-undang negara serta meletakkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya,Adakah rakyat sanggup terus menjadi mangsa kezaliman regim korup dan 'double-standard' Umno/BN ini untuk selamanya??
 

KUALA LUMPUR 24 Dis: Keengganan polis untuk mengambil tindakan ke atas samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat dan bas Jelajah Merdeka Rakyat bagai skrip yang dirancang kerajaan BN supaya lebih banyak insiden serupa berlaku.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sikap polis yang membisu tanpa siasatan seumpama mendapat restu kerajaan.

“Polis membisu seperti sandiwara yang skripnya sudah disiapkan Umno BN. Walaupun kejadian sering berulang, hakikatnya polis hanya membisu selepas menerima laporan mengakibatkan samseng Umno semakin galak menyerang Pakatan,” katanya ketika dihubungi.

Shamsul berkata, polis hanya bersandiwara kononnya mahu segera menyiasat serangan tersebut, tetapi hingga kini tiada satupun tindakan diambil.

“Polis sebenarnya tidak serius. Pada awalnya nampak serius. Akhirnya tiada satupun siasatan dan tangkapan dibuat,” katanya.

Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara 4 Disember lalu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka.

Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.

Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu.

Sebelum itu, sekumpulan ahli Pertubuhan  Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.

Samseng tersebut bertindak memadam lampu masjid dan alat pembesar suara selain kata-kata kesat serta membaling kasut ke arah Anwar ketika beliau menyampaikan kuliah maghrib.

Bas Jelajah Merdeka Rakyat turut dicemari insiden serupa apabila disimbah cat merah oleh samseng Umno ketika Anwar bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor 14 September.

Sebelum ini, bas berkenaan disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.

Terbaru, insiden sama berulang 16 Disember lalu apabila bas tersebut dibaling objek keras menyebabkan cermin sisi penumpang retak dan berlubang.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, samseng yang menyerang pemimpin Pakatan dibiar bebas menyerlahkan sikap dwi standard polis.

“Adakah Peguam Negara yang tidak mahu membuat pertuduhan atau polis sebenarnya tidak menyiasat?” soal Shamsul.

“Polis jangan hanya ‘suka’ menyiasat parti pembangkang, tapi kalau melibatkan parti pemerintah sengaja didiamkan,” tegas Pengerusi KEADILAN Melaka itu lagi.

Seksyen 114A Adalah Undang-Undang Paling Gila Dalam Sejarah



Kalau kita ini tuan kedai, dan kita tangkap seorang anak muda mencuri coklat, kemudian mahu didakwa anak muda itu di mahkamah; adalah menjadi tanggungjawab tuan kedai untuk membuktikan bahawa coklat yang yang dicuri itu miliknya, dan hak milik itu dirampas tanpa izinnya. Mudah begitu.

Kalau kita ini tuan kedai, dan ada anak muda lalu di depan kedai kita dengan memegang sekeping coklat yang kebetulan dijual di kedai kita, adalah tidak masuk akal untuk kita mengheretnya ke mahkamah dan menyuruh si anak muda itu untuk membuktikan bahawa coklat yang dipegangnya itu tidak dicuri dari kedai kita.

Ini undang-undang mudah. Arwah Tan Sri Harun Hashim, apabila disoal tentang apa itu undang-undang dalam fahamnya, beliau menjawab bahawa undang-undang itu ‘common sense‘. Bukan setakat ‘common sense‘ dalam erti kata sesuatu yang ‘masuk akal’, bahkan mencakupi apa yang dipanggil ‘kesepakatan umum’.

Undang-undang mesti masuk akal dan disepakati umum


Undang-undang dibentuk atas sesuatu yang disepakati umum. Kalau umum tidak sepakat, ia tidak jadi norma dan lantas tidak cukup haul untuk diangkat sebagai umum. Kenyataan ini masuk akal. Kalau pekerjaan mencuri itu disepakati umum sebagai satu kesalahan, maka salahlah mencuri itu.

Kalau pekerjaan pakai kasut di kepala itu disepakati sebagai salah, maka bolehlah dikanunkan dan dijadikan undang-undang. Itu konsep kesepakatan umum dalam memahami makna fungsi undang-undang.

Jadi dalam kesepakatan umum selama ini, seorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah tidak bersalah sehingga benar-benar terbukti bahawa dia bersalah; bukan sebaliknya.

Konsep ini difahami pepatah undang-undang, Ei incumbit probatio qui dicit, non qui negat; cum per rerum naturam factum negantis probatio nulla sit – yang mafhumnya ialah beban bukti letaknya pada yang mendakwa, bukan pada yang dituduh atau menafi, kerana memang fitrahnya, yang menafikan dakwaan selalunya payah untuk membawakan bukti.

Jika sebaliknya, maka memang terbaliklah sistem manusia ini. Bayangkan, siapa sahaja boleh ditangkap polis, untuk apa sahaja kesalahan sehingga dia boleh buktikan yang dia tidak bersalah.
 
Sistem yang begitu pastilah tidak adil, bukan?


Namun malang bagi kita yang mendiam di negara Malaysia yang diterajui United Malays National Organisation ini, pihak pemerintah sedang cuba berfikir dan bertindak secara tidak adil. Ini sebenarnya amat mudah bagi mereka, kerana memang sudah menjadi kelaziman bagi pemerintah untuk berlaku zalim.

Lihat sahaja undang-undang jahat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dahulu yang membenarkan sesiapa sahaja ditangkap dan dipenjara tanpa perlu dibicarakan.

Jadi pemerintah yang nakal ini beberapa bulan lalu telah membuat sebuah pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang membuatkan dunia kita semua bakal terbalik. Pindaan tersebut dikenali sebagai Seksyen 114A.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.

Inilah yang bakal berlaku…


Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.

Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal. Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.

Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.

Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah sendiri.

Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam, risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?
 
Bukan sahaja media massa dikawalnya, internet juga mahu dikawalnya. Ini pemerintah jenis apa ini?


Tetapi apabila pecacainya sendiri menyiarkan fitnah dan tohmah, kebal pula mereka itu daripada tindakan undang-undang. Lihat sahaja bagaimana mereka menggerakkan tentera siber dan media sosialnya untuk memfitnah dan menyebar berita palsu secara berleluasa, dan tidak pula memberi ruang untuk diskusi dan jawapan balas.

Ini halal pula? Tidak pula dihukum kafir harbi? Undang-undang tidak menyalahkan mereka? Ini undang-undang apa? Undang-undang kandang lembu? Mungkin lembu lebih mulia daripada segelintir manusia kemaruk kuasa yang berhati busuk serta zalim kerana sanggup mengongkong rakyat sendiri.

Oleh Izmil Amri

'Pendakwaan Terpilih' Khas Untuk Peserta-Peserta BERSIH 3.0

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R Tangam menjadi orang pertama yang didakwa kerana
menyertai Perhimpuna BERSIH 3.0.

 
Nampaknya hanya peserta perhimpunan BERSIH 3.0  saja yang kena dakwa....cepat betul dia org buat kerja terus dakwa....samseng-samseng taik kucing umno/APCO dah berapa lama tak dakwa-dakwa pun...pemimpin-pemimpin ummo/APCO yang terang-terang rasuah dan pukul orang tak dakwa-dakwa pun..polis yang suka-suka pukul peserta bersih dan rosakkan harta benda orang tak kena dakwa pun...undang-undang apa yang korang pakai nih?? saya harap pihak pdrm harus berlaku adil kerana kita sekarang di dunia media tanpa sempadan. Berdasarkan beberapa klip video dari org awam dan jurugambar, ada beberapa insiden yg memaparkan kerakusan dan keseronokan di pihak polis apabila membelasah dan memukul , kekadang tu, anggota polis lebih dari 8 org membelasah seorg dgn menumbuk, menendang muka, kepala dan belakang. Apakah tiada sebarang tindakan terhadap mereka yg mencemar nama baik polis. Salah ke kalau gambar2 mereka turut disiarkan.? Nak buat laporan polis, mereka tak pakai tag nama dan no.untuk membalas budi baik regim najib ini kita wajib mengerakkan usaha berterusan untuk memastikan semua rakyat Malaysia yang ada otak akan mendakwa umno/APCO pulak melalui kertas undi pada PRU ke 13 nanti..

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rasah, R Tangam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di pekarangan Dataran Merdeka Jumaat lalu.

Tangam, 50, seorang bekas tentera, juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil" mengingkari perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.
Tangam didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di Jalan Raja Laut, pada kira-kira 3 petang. Dia adalah orang pertama yang didakwa atas kesalahan itu.
Untuk kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pilihan, Tangam didakwa mengikut Seksyen 188 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga sebulan, atau denda sehingga RM400, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanapiah Zakaria meminta mahkamah agar jaminan ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memberitahu mahkamah jaminan berkenaan berpatutan memandangkan tertuduh tidak memberi kerjasama kepda polis untuk merakamkan percakapannya.
Peguam Latheefa Koya berkata, anak sulong Tangam yang hadir di mahkamah untuk menjamin ayahnya tidak mampu dan lagi pun beliau (anak Tangam) terpaksa meminjam daripada rakan-rakan ayahnya yang hadir di mahkamah.

Latheefa juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh kini tidak bekerja dan mempunyai enam orang anak dan isterinya adalah suri rumah.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin, sebelum menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan. - BERNAMA

Panas!! Bukti Skandal 'COPGATE' Telah Lama Dihantar Kepada KDN



EKSKLUSIF Malaysiakini telah mendapat maklumat bahawa bukti mengenai skandal 'Copgate' yang diminta oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memulakan siasatan terhadapnya, 'sudahpun ada'.


Sebahagian daripada maklumat ini adalah dalam bentuk surat bertarikh 12 September 2007, yang dihantar kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Johari Baharom oleh peguam bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.


Surat itu menyebutkan tindakan Pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu yang membawa kepada terdedahnya identiti pemberi maklumat polis yang telah membantu penangkapan penjenayah Johor, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.


NONEHishammuddin (kanan dalam gambar), dalam reaksinya kepada
laporan Malaysiakini pada hari Ahad, telah meminta bukti-bukti berhubung dakwaan wujudnya pakatan di kalangan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan sri Musa Hassan; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tengku Goh untuk menutup satu siasatan mengenai rasuah.


Laporan itu menyatakan bagaimana pemberi maklumat - yang maklumatnya membawa kepada penangkapan Tengku Goh pada tahun 2007 - telah dipaksa untuk membabitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.


Reaksi Menteri Dalam Negeri pada hari Isnin lalu ialah: "Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan."


Surat dari peguam Ramli kepada Johari - timbalan menteri dalam negeri ketika itu - menyatakan bahawa berikutan penangkapan Tengku Goh dan diletakkan di bawah "kediaman terhad" di Jeli, Kelantan, pada 8 Ogos 2007, maklumat telah dibocorkan kepada beberapa organisasi media, yang melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat dakwaan salahguna kuasa dalam "penyiasatan, penangkapan, penahanan dan pengeluaran perintah kediaman terhad" terhadap Tengku Goh.


Laporan berita itu juga mendakwa bahawa Tengku Goh telah dibersihkan.


NONEBerikutan laporan media itu, satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Peguam Negara seminggu kemudian pada 15 ogos 2007 - di mana yang hadir termasuk Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (paling kiri), bekas Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Mohd Najib Abdul Aziz , bekas ketua pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden dan Ramli.


Siasatan yang membawa kepada penangkapan Tengku Goh telah dibincangkan dalam mesyuarat itu dan telah ditegaskan bahawa identiti pemberi maklumat yang membantu dalam penangkapan tersebut, mesti dirahsiakan.


Ramli berhujah bahawa identiti pemberi maklumat polis tidak perlu didedahkan kerana ia akan melanggar Perintah Tetap Ketua Polis Negara.


Apa yang berlaku seterusnya ialah Ramli menerima arahan dari BPR bertarikh 20 Ogos 2007 mengkehendakinya menyerahkan fail kes asal, bersama-sama dengan kenyataan pemberi maklumat dan identiti mereka.
SUMBER

Panas!! Gani Patail Dan Musa Hassan Jadi 'BARUA' Ketua Kongsi Gelap



Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan anggota polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

Bagaimanapun kes semakin pelik.

ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

SUMBER

Peguam Negara 'DIPERKUDAKAN' Dan 'MEMPERKUDAKAN'



Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu
majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket
berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

Oleh: Hafiz Yatim/mkini

Panas!! Peguam Negara Meragui 'KEJUJURAN' Haji Najib



DAP menggesa Perdana Menteri supaya tidak mengketepikan pandangan Peguam Negara yang mempersoalkan perjanjian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya butir-butir penuh termasuk pelbagai insentif kewangan yang diberikan kepada pemegang konsesi berkenaan.

NONE"Najib (Abdul Razak) mesti membuktikan tekad 'transformasi ekonomi' yang diterajuinya dengan melaksanakan semua reformasi mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dicanangkannya sejak memerintah lebih tiga tahun yang lalu," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.

Menurut laporan itu, sumber kerajaan memberitahu akhbar berkenaan, bahawa Abdul Gani (bawah, kiri) kurang senang dengan terma-terma yang dikatakan banyak memihak kepada syarikat konsesi lebuh raya, WCE Sdn Bhd, yang dimiliki sebuah anak syarikat Europlus Bhd yang memegang 64.2 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Abdul Gani telah menyatakan keraguannya kepada Unit Perancang Ekonomi dan agensi-agensi serta kementerian yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya melalui satu notis berhubung pembinaan lebuh raya bertol sepanjang 316 kilometer itu yang akan menghubungkan Banting di Selangor dengan Taiping di, Perak.

ghani patail gani 060409Menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu lagi, "walaupun ada tekanan hebat supaya dokumen-dokumen perjanjian segera dimeterai, Peguam Negara memaklumkan kepada pihak berkepentingan yang beliau mahu terma perjanjian itu dikaji semula".

Mengulas laporan itu, Pua menuntut Najib memberikan jawapan menjelasakan mengapa kerajaan mendesak konsesi WCE itu dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus melalui rundingan terus yang telah menyaksikan kos projek berkenaan melambung naik.
SUMBER







KUMPULAN Europlus Bhd (KEB) memperoleh 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dianggarkan bernilai RM7.07 bilion.

Lebuh raya baru itu akan meliputi jarak 316 kilometer (km), dengan 224km adalah laluan bertol, manakala 92km lagi bebas tol.
Kumpulan Europlus dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, kelulusan itu diberikan kerajaan menerusi Unit Perkongsian Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri kepada West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE), iaitu anak syarikat 64.2 peratus miliknya.
Katanya, ia diberikan selepas selesainya rundingan mengenai terma teknikal dan kewangan, termasuk syarat perjanjian projek dan konsesi LPB yang berlangsung sejak 1 April tahun lalu.

Terma yang dipersetujui itu membabitkan enam perkara, iaitu pembinaan LPB akan dilaksanakan menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun.

Di bawah terma kedua , KEB berkata, bagi meningkatkan daya maju projek berkenaan, kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan menerusi konsep Pinjaman Sokongan Kerajaan (GSL) kepada WCE membabitkan jumlah RM2.24 bilion.

Katanya, dana pembiayaan yang akan bermula tahun depan itu membabitkan kadar faedah empat peratus setahun dan subsidi faedah, sehingga tiga peratus dari pinjaman komersial bagi tempoh 22 tahun.
“WCE dengan Kementerian Kewangan akan memuktamadkan semua terma GSL dan subsidi faedah berkenaan kelak,” katanya.

KEB berkata, bagi terma ketiga, pendapatan tol melebihi jumlah trafik yang dipersetujui akan dikongsi berdasarkan nisbah 70:30 antara kerajaan dan WCE dalam tempoh pembayaran GSL, dan seterusnya dengan nisbah 30:70 selepas pembayaran balik GSL dibuat sepenuhnya.

Katanya, terma keempat pula membabitkan kos pengambilan tanah yang mana kerajaan akan menanggung perbelanjaan sehingga RM980 juta, sementara terma kelima meliputi syarat bahawa kerja pembinaan untuk projek berkenaan harus dilaksanakan WCE menerusi tender terbuka.

“Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa perjanjian konsesi yang mengandungi semua terma yang dinyatakan akan dimeterai antara WCE dan Kementerian Kerja Raya yang akan bertindak bagi pihak kerajaan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
SUMBER
Related Posts with Thumbnails