BREAKING NEWS

Panas!! Peguam Negara Meragui 'KEJUJURAN' Haji Najib



DAP menggesa Perdana Menteri supaya tidak mengketepikan pandangan Peguam Negara yang mempersoalkan perjanjian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya butir-butir penuh termasuk pelbagai insentif kewangan yang diberikan kepada pemegang konsesi berkenaan.

NONE"Najib (Abdul Razak) mesti membuktikan tekad 'transformasi ekonomi' yang diterajuinya dengan melaksanakan semua reformasi mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dicanangkannya sejak memerintah lebih tiga tahun yang lalu," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.

Menurut laporan itu, sumber kerajaan memberitahu akhbar berkenaan, bahawa Abdul Gani (bawah, kiri) kurang senang dengan terma-terma yang dikatakan banyak memihak kepada syarikat konsesi lebuh raya, WCE Sdn Bhd, yang dimiliki sebuah anak syarikat Europlus Bhd yang memegang 64.2 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Abdul Gani telah menyatakan keraguannya kepada Unit Perancang Ekonomi dan agensi-agensi serta kementerian yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya melalui satu notis berhubung pembinaan lebuh raya bertol sepanjang 316 kilometer itu yang akan menghubungkan Banting di Selangor dengan Taiping di, Perak.

ghani patail gani 060409Menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu lagi, "walaupun ada tekanan hebat supaya dokumen-dokumen perjanjian segera dimeterai, Peguam Negara memaklumkan kepada pihak berkepentingan yang beliau mahu terma perjanjian itu dikaji semula".

Mengulas laporan itu, Pua menuntut Najib memberikan jawapan menjelasakan mengapa kerajaan mendesak konsesi WCE itu dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus melalui rundingan terus yang telah menyaksikan kos projek berkenaan melambung naik.
SUMBER







KUMPULAN Europlus Bhd (KEB) memperoleh 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dianggarkan bernilai RM7.07 bilion.

Lebuh raya baru itu akan meliputi jarak 316 kilometer (km), dengan 224km adalah laluan bertol, manakala 92km lagi bebas tol.
Kumpulan Europlus dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, kelulusan itu diberikan kerajaan menerusi Unit Perkongsian Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri kepada West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE), iaitu anak syarikat 64.2 peratus miliknya.
Katanya, ia diberikan selepas selesainya rundingan mengenai terma teknikal dan kewangan, termasuk syarat perjanjian projek dan konsesi LPB yang berlangsung sejak 1 April tahun lalu.

Terma yang dipersetujui itu membabitkan enam perkara, iaitu pembinaan LPB akan dilaksanakan menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun.

Di bawah terma kedua , KEB berkata, bagi meningkatkan daya maju projek berkenaan, kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan menerusi konsep Pinjaman Sokongan Kerajaan (GSL) kepada WCE membabitkan jumlah RM2.24 bilion.

Katanya, dana pembiayaan yang akan bermula tahun depan itu membabitkan kadar faedah empat peratus setahun dan subsidi faedah, sehingga tiga peratus dari pinjaman komersial bagi tempoh 22 tahun.
“WCE dengan Kementerian Kewangan akan memuktamadkan semua terma GSL dan subsidi faedah berkenaan kelak,” katanya.

KEB berkata, bagi terma ketiga, pendapatan tol melebihi jumlah trafik yang dipersetujui akan dikongsi berdasarkan nisbah 70:30 antara kerajaan dan WCE dalam tempoh pembayaran GSL, dan seterusnya dengan nisbah 30:70 selepas pembayaran balik GSL dibuat sepenuhnya.

Katanya, terma keempat pula membabitkan kos pengambilan tanah yang mana kerajaan akan menanggung perbelanjaan sehingga RM980 juta, sementara terma kelima meliputi syarat bahawa kerja pembinaan untuk projek berkenaan harus dilaksanakan WCE menerusi tender terbuka.

“Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa perjanjian konsesi yang mengandungi semua terma yang dinyatakan akan dimeterai antara WCE dan Kementerian Kerja Raya yang akan bertindak bagi pihak kerajaan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails