BREAKING NEWS
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Fatwa Kebangsaan. Show all posts

Nauzubillah!! Harussani Mahu Nama Islam Pada Parti PAS Dibuang

 
Cadangan seperti itu pernah disuarakan banyak kali oleh orang politik tepi jalan. Tetapi tidak pernah dilayan oleh para mufti. Sejak zaman Tun Razak lagi. Ketika itu mereka dapat padamkan kalimah Allah dan Muhammad yang tertera pada bendera PAS dan mereka haramkah lambang pilihanraya PAS yang menggunakan gambar bulan sabit dan bintang berbucu lima.


Mufti Perak Tan Sri Harussani termakan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali Perkasa supaya nama Islam pada PAS dipadamkan.

Maka bercadang Mufti itu untuk mencadangkan perkara itu kepada Majlis Fatwa kerana pada pandangannya PAS sekarang sudah lari dari perjuangan Islam.

Mufti itu menggunakan hak kebebasan bersuara yang diberi oleh perlembagaan. Dia berhak menyampaikan pandangan dan dia hendaklah tampil dengan hujahnya dan jangan pula dilihat sama dengan fikiran Ibrahim atau terpengaruh dengan pandangan Ibrahim Ali.

Tan Sri Harussani mesti datang dengan hujah syarie dan jika boleh sertakan nas yang mewajarkan nama Islam PAS itu diharamkan.

Hujah itu kalau tidak ada nas dan dalil sekali pun mestilah kukuh logiknya.

Seperti wakil Quraisy Mekah dalam perjanjian Hudaibiyah dengan Rasulullah SAW tidak bersetuju dalam teks perjanjian ditulis Muhammad Rasulullah. Mereka mahu menggunakan kalimah  Muhammad saja.

Baginda bertanya, apa bezanya Muhammad sana dengan Muhammad Rasulullah sedang keduanya adalah orang yang sama? Jawabnya, kalau mereka bersetuju Muhammad itu Rasulullah, maka tidaklah mereka berperang menentangnya. Kerana mereka  tidak setuju baginda itu Rasulullah, maka mereka menentangnya.

Mana-mana Quraisy yang sudah setuju baginda itu Rasulullah seperi Umar al-Khatab dan Khalid ibni Walid, maka mereka tidak menentangnya lagi bahkan menjadi penyokongnya.

Logiknya kuat. Maka baginda suruh padamkan kalimah Rasulullah itu. Saidina Ali r.a. yang menulis  teks itu enggan memadamnya lalu baginda sendiri memadamnya.

Mufti Perak harus adalah hujah logik sekuat itu bagi memadamkan kalimah Islam dari nama PAS.

Sebagai seorang individu seperti Ibrahim Ali dan mana-mana budak Perkasa, dia boleh menyatakan pandangannya. Tetapi dia mufti. Maka pandangannya tidak boleh disama dengan orang awam apa lagi yang jahil murakaf.

Dia tidak bercakap atas nama dirinya sendiri. Dia bercakap atas nama umat Islam di negeri Perak khasnya dan dia juga bercakap mewakili Sultan Perak sebagai ketua agama di negeri itu.

Jangan sampai nanti ada orang berkata, itulah rupanya Mufti Perak. Umat Islam di negeri Perak tidak terlepas dari sebarang kesan jika kenyataannya dilihat sebagai cacarmarba. Nanti malu umat Islam negeri itu.

Kalau umat Islam malu atas cakap muftinya, maka apa lagilah Sultan yang mentaulilahnya sebagai Mufti. Jika selalu muftinya bercakap atas hal-hal yang remeh, maka wibawa Sultan pun boleh tercemar. Jika selalu sangat mufti bercakap seperti orang jual ubat, maka daulat mufti itu tidak mulia lagi.

Sebagai Mufti Perak, dia berhak membawa perkara itu kepada Fajlis Fatwa dan minta majlis itu menimbangkan apakah kalimah Islam itu akan dipadamkan atau dikekalkan.

Cadangan seperti itu pernah disuarakan banyak kali oleh orang politik tepi jalan. Tetapi tidak pernah dilayan oleh para mufti. Sejak zaman Tun Razak lagi. Ketika itu mereka dapat padamkan kalimah Allah dan Muhammad yang tertera pada bendera PAS dan mereka haramkah lambang pilihanraya PAS yang menggunakan gambar bulan sabit dan bintang berbucu lima.

Tetapi mereka tidak mengusik nama Islam pada PAS. Dr Mahathir dilihat sebagai orang yang keras dan tegasnya berlebihan. Dia pun tidak jadi untuk memadamkan nama itu.

Zaman dulu muftinya tidak bercakap sesuka hati. Mereka membincangkannya dalam majlis tertutup. Tetapi hari ini mufti pun bercakap sama seperti orang-orang politik juga.

Jangan nanti orang melihat fatwa yang dikeluarkan itu tawar.

Majlis Fatwa baru saja membuat fatwa mengharamkan oleh Islam menyertai tunjuk perasaan Bersih 3.0. Semua orang merasakan fatwa itu ditunjukkan pada Bersih 3.0. Fatwa itu tidak diiktiraf oleh masyarakat dan tidak populer. Majlis Fatwa belum dapat melepaskan diri dari reaksi bertalu-talu orang ramai. Sekarang Mufti Perak hendak menambah supaya padamkan Islam dari nama PAS.

Semua mufti itu sama alimnya dengan pemimpin Dewan Ulama PAS dan anggota Majlis Syuranya. Malah ada yang lebih alim. Mereka boleh berhujah dengan mufti. Ulama dalam PAS bebas dan tidak terikat kepada kerajaan. Mereka tidak makan gaji seperti mufti dan anggota Majlis Fartwanya.

Mufti jangan cemarkan daulat sebuah fatwa.

Oleh: Haji Subky Abdul Latif

Majlis Fatwa Kebangsaan 'TERKESIMA' Tengok Konsert K-Pop






Wajarkah Najib dan Umno/Apco menggunakan persembahan terlampau kumpulan K-Pop yang mempersembahkan tarian dengan berpakaian seksi dan menjolok mata sebagai salah satu kaedah pengisian rohani untuk belia-belia kita??


Tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 minggu lalu yang dicemari program maksiat dan begitu menyimpang jauh dari ajaran Islam.Apakah ini nilai 'Wassatiyyah' yang hendak diterapkan oleh Najib kepada rakyat Malaysia??


Kenapakah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam turut merelakan dan turut bersekongkol dengan Najib menjalankan program belia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti maksiat.


Majlis Fatwa Kebangsaan wajib menyatakan pendiriannya dengan segera berhubung isu unsur-unsur maksiat terlampau di dalam sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan itu.Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan yang membisu seribu bahasa akan menimbulkan persepsi negatif umat Islam terhadap kredibiliti mereka dalam menjalankan amanah Allah.



Persembahan terlampau dengan gaya berpakaian seksi dan menjolok mata oleh Kumpulan Dal Shabet Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya Pada 26 Mei 2012

Sejak Bila Majlis Fatwa Kebangsaan Pandai Membaca Niat Orang??




Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.


Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.


Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.


Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.


Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.


Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)
Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib dan dituntut sebelum memberi hukum?
Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:
1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.
2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.
3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap :


* Penyebaran video dan gambar lucah
* Tuduhan tanpa bukti dan saksi
* Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
* Penyalahgunaan wang zakat
* Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
* Hukum menipu dalam pilihanraya
* Hukum menafikan hak royalti Kelantan



OLEH: HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
www.hasanhusaini.com
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.
Related Posts with Thumbnails