BREAKING NEWS
Showing posts with label Adnan Yaakob. Show all posts
Showing posts with label Adnan Yaakob. Show all posts

Menteri Besar Pahang Anggap Orang Asli 'Bodoh' dan 'Bangang'

Kami rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang waras dengan ini menganugerahkan gelaran Menteri Besar Paling 'Bodoh' dan 'Bangang' kepada Menteri Besar Pahang ini. 



Sebahagian Orang Asli yang hadir ke perhimpunan itu menunjukkan sepanduk menyatakan desakan mereka terhadap kerajaan.

TEMERLOH: Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.

Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.
 
Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.


Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang. memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan Orang Asli mewakili kaum mereka di seluruh Pahang.

Wakil JKOASM, Yusri Ahon, 49, berkata, memorandum berkenaan adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.“Kedatangan kami atas kerelaan sendiri dan tiada hasutan atau kena mengena dengan pihak lain termasuk pembangkang.

Panas!! Video 'MB LUCAH' Kini Tersebar!!



KUANTAN, 10 Mac - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh.Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi.

Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang.

Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programnya.

Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu.

Gelagat yang paling memalukan oleh MB paling bodoh di Malaysia.


Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.

Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu.

Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya.

Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat.

Related Posts with Thumbnails