BREAKING NEWS

'Tsunami Cina' Atau 'Tsunami Rakyat Malaysia' ??



Menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Sebenarnya gelombang perubahan ini merupakan 'Tsunami Rakyat Malaysia' dan bukannya 'Tsunami Kaum Cina'. Gelombang perubahan ini  telah berjaya menambah kerusi parlimen Pakatan Rakyat daripada 82 buah kerusi pada PRU 2008 kepada 89 buah kerusi pada PRU 2013 dan menambah bilangan kerusi negeri Pakatan Rakyat daripada 197 pada PRU 2008 kepada 230 pada PRU 2013.

Kemenangan Umno/BN juga bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN bukannya bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma.

Walaupun Umno/BN berjaya menang PRu 13 tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada mereka terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

Hakikat sebenarnya ialah Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dan negeri wajar dipuji memandangkan berjuta-juta ringgit dibelanjakan Barisan Nasional (BN) untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi tujuan menyebarkan politik yang jijik dan tercela berdasarkan ketakutan.

Di segenap pelusuk negara Pakatan Rakyat telah  memenangi kerusi di dalam kawasan yang sebelumnya dianggap sebagai kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails