BREAKING NEWS

Zambry Kadiaq Hanya Berani Ugut Tapi Tak Berani Lapor Kepada SPRM




Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS Negeri Perak mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuktikan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) negeri ketika memerintah Kerajaan selama sebelas bulan sebelum rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN).

Zambry mendakwa terdapat bukti itu ketika memberikan ucapan penggulungan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak baru-baru ini.

“Kami merasakan, sepanjang persidangan Dun Perak selepas rampasan kuasa sehingga sekarang, Datuk Seri Zambry sering memberikan ugutan akan membongkarkan salah guna kuasa terutamanya Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Oleh yang demikian, kami mencabar agar Datuk Seri Zambry mendedahkan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Nizar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Sebenarnya, kata beliau Zambry terlalu bimbang pendedahan yang telah dibuat terhadapnya berkaitan salahguna kuasa yang telah dilaporkan kepada SPRM kerana ianya telah mengejutkan ramai pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Selama ini, ujarnya Zambry melemparkan pelbagai tuduhan salah guna kuasa kepada Nizar bagi memburukkan imejdan ianya kini terpalit kepadanya sendiri setelah dibuktikan.

“Bagi kami, adakah tindakan yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry benar-benar 'bersih'.

“Adakah Datuk Seri Zambry tidak mengamalkan sikap kronisme? Adakah juga Datuk Seri Zambry memelihara semua aset rakyat dengan betul?” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi PAS Pera, jelas beliau sebenarnya Zambry bimbang tentang projek Rumah Perak, Batu Feringghi, Pulau Pinang yang telah diberikan kepada pegawai khasnya.

1 comment :

  1. dei paria pandy kutty.oyoo sendiri berak sendiri kasi cuci oyoooo.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Dan Pendapat Bernas Anda!!

(1) Setiap komen dan pendapat anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

(2) Komen-komen sensitif yang melanggar Undang-Undang Malaysia akan dibuang.

(3) Untuk bertukar pautan link,sila letakkan link blog saya ke dalam blog anda dan tinggalkan jejak dalam ruangan komen bersama URL blog anda.

(4) Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan atau ingin menghantar artikel,sila emailkan ke: mafiaboss2u@gmail.com

Related Posts with Thumbnails