BREAKING NEWS

Video Samseng 'Parti Pilihan Tuhan' Tikam Penyokong Pakatan Rakyat

Beginilah keadaan luka serius Penyokong Pakatan Rakyat yang ditikam oleh samseng parti 'Haramjadah Umno' 

En. Haider Samsudin, tuan rumah yang juga ketua cawangan PAS Kampung Gombak Utara telah tercedera di kepala akibat dibaling pasu oleh  Samseng 'Parti Pilihan Tuhan'.


Batu juga digunakan oleh samseng parti 'Haramjadah Umno' untuk menyerang Penyokong Pakatan Rakyat.

Suasana kekecohan yang ditimbulkan oleh samseng parti 'Haramjadah Umno'ditapak ceramah Pakatan Rakyat Di Gombak.


GOMBAK 5 DISEMBER: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Selain seorang penyokong Pakatan Rakyat ditikam samseng Umno di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam, seorang guru juga cedera di kepala akibat dibaling pasu.

Haider Samsudin, tuan rumah yang juga ketua cawangan PAS Kampung Gombak Utara, cedera ketika cuba mententeramkan keadaan berikutan ancaman samseng Umno di lokasi ceramah.

“Dalam suasana kecoh itu, tiba-tiba ada benda keras kena kepala saya sebelah kanan. Bila saya lihat, rupa-rupanya pasu yang baru pecah berderai.

“Cepat-cepat saya kawal pernafasan kerana saya mula rasa pening kerana banyak darah mengalir,” katanya kepada Keadilan Daily, malam tadi.


Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu. “Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan. “Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas. 

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan. “Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya. 

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, serangan sekumpulan samseng Umno pada Ceramah Merdeka Rakyat malam tadi diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Ketua Pemuda Umno Gombak.

Megat merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju.

“Samseng Umno malam ini diketuai Megat. Dia adalah Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak. Dia bersama 100 samseng Umno daripada silat lincah mengganggu program seawal 8.30 malam.

“Mereka menjerit, memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta bertindak biadap terhadap penduduk yang hanya hadir mendengar ceramah,” kata Azmin kepada Keadilan Daily selepas program itu.

Serangan bermula kira-kira jam 10 malam semasa Timbalan Presiden KEADILAN itu sedang berucap di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2.


*** VIDEO suasana kekecohan yang ditimbulkan oleh samseng parti 'Haramjadah Umno' 
 

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails