BREAKING NEWS

Cayelah!! Najib Memang ‘Pandai’ Ekonomi




PASIR SALAK: Sibuk canang kononnya Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi, rupa-rupanya fakta itu terkena batang hidung Perdana Menteri sendiri apabila Ketua Pembangkang dedahkan hutang negara semasa di bawah pemerintahan Najib Razak berjumlah RM300 bilion.

“Najib, ini angka Bank Negara. Tapi kamu sibuk kata orang lain tak pandai ekonomi. Lim Guan Eng tak pandai jaga Pulau Pinang tapi ada lebihan RM2 bilion. Di Selangor, Tan Sri Khalid (Ibrahim) pun tak pandai…tapi lebih RM2.42 bilion. Najib pandai, sebab itu hutang sampai RM300 bilion sepanjang empat tahun perintah,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN berkata demikian depan 3,000 penduduk Pasir Salak malam tadi pada program Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak.

Menurut Anwar, jumlah hutang negara keseluruhan hampir RM500 bilion, tetapi Pasir Salak dipinggir daripada pembangunan.

Beliau menunjukkan carta hutang negara bermula era 1970 an ketika Tun Abdul Razak sebagai Menteri Kewangan sehingga zaman Najib.

“Masa zaman Tun Razak, ada hutang tapi tak apa…Dia hutang untuk bangunkan Felda. Hutang diteruskan sampai tahun 1991 hingga 1992. Kemudian pada 1993, tiada penambahan hutang. Tapi 1993 hingga 1998 wang berlebihan. Siapa jadi Menteri Kewangan masa itu?” soalnya disambut sorakan ‘Anwar’ oleh rakyat.

“Kemudian 1998, saya masuk istana hinggap (penjara) di Sungai Buloh. Lepas itu Daim Zainuddin, Mahathir, Pak Lah dan kemudian Najib yang ambil alih. Sepanjang (tempoh) itu hutang tak pernah menurun,” kata Anwar sambil menjelaskan ia bukan untuk mendabik dada tapi perlu dibuktikan dengan angka.

Malah Ketua Pembangkang menyifatkan Najib sebagai sombong kerana mengangkat diri orang paling pandai, hakikatnya hanya bijak berhutang.

Katanya, berhutang tiada masalah asalkan ada hasil untuk pembangunan dan kesenangan rakyat.

“Ini hutang banyak-banyak, tapi apa hasil pun tak nampak. Saya nak tanya orang Pasir Salak, apa pembangunan yang kamu dapat? Jalan raya pun teruk,” katanya.

“Fikirlah baik-baik dan bawa perubahan pada negara sebab ini wang kita,” kata Anwar.


Oleh Aisha Geoffrey

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails