Budaya ‘Politik Kotor’ Dan ‘Politik Samseng’ Umno Bakal Menghancurkan Negara
Posted by Unknown on 10:12 PM in Politik Samseng Umno Samseng Umno Umno Penipu Rakyat | Comments : 0
1. Dewasa ini kerap kedengaran di bibir-bibir berita dan akhbar budaya ‘politik kotor’ dan ‘politik samseng’ dalam dunia politik Malaysia. Sungguh memalukan ! Inikah budaya yang diamalkan di dalam sebuah negara yang demokrasi ?
2. Sebelum ini pada 14 Febuari 2012 pernah berlaku insiden ‘Tumbuk menumbuk di ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim’ di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah, Melaka.
3. Pada 17 Julai lalu, ceramah YB Nurul Izzah di Pagoh juga turut diganggu. Kalau kita masih ingat insiden yang menimpa mahasiswa yang mendiami Dataran Merdeka pada 19 April yang lalu, mereka diserang dan banyak kerugian yang mereka alami hasil dari tindakan dan perbuatan politik yang tidak bertamadun ini.
4. Terbaru adalah ‘tragedi berdarah’ yang berlaku di Gombak pada 5 Disember semalam, apabila ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diganggu dan mengakibatkan seorang petugas ditikam dibahu.
5. Inikah keterbukaan dan sifat berlapang dada UMNO dalam menerima kepelbagaian parti di Malaysia. Sungguh berdegar-degar Datuk Seri Shahrizat Jalil mengata PAS di dalam Persidangan Wanita Umno, adakah ini gambaran sifat keterbukaan Umno?
6. Sebelum ini beliau juga cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei jika Umno kalah di dalam PRU akan datang. Pemuda PAS menyimpulkan Umno telah lama berkecimpung dengan budaya ‘politik samseng’ demi mengekalkan kekuasaan mereka.
7. Pemuda PAS sendiri tertanya-tanya, adakah ugutan Ketua Wanita Umno seakan-akan signal kepada ‘bala samseng’ Umno untuk keluar dan membuat kekacauan di tempat-tempat ceramah pihak pembangkang?
8. Sekiranya benarlah Umno sebuah parti Islam, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan bahawa budaya samseng di dalam politik bukanlah budaya dan ajaran Islam. Budaya kotor dan jijik di dalam dunia politik ‘kuku besi’ ini adalah dikecam oleh semua rakyat.
9. Mungkin rakyat tiada daya untuk melawan ‘samseng-samseng‘ ini dan jangan pula mereka yang mengamalkan politik sebegini menganggap rakyat takut dengan budaya ini. Ingat kekuatan rakyat pada fikirannya dan kuasa rakyat pada suaranya.
10. Tragedi di Gombak baru-baru ini hanya menyatukan kekuatan rakyat iaitu pemikiran Umno mesti ditolak dalam PRU 13 akan datang dan rakyat akan menterjemah kuasa mereka dalam PRU ke 13 kerika memilih kerajaan mana yang perlu dan layak mentadbir urus negara ini kelak.
Umno hanya akan terus dikecam oleh rakyat kerana budaya ‘samseng’ yang mereka tunjukkan.
Sekian
Mencorak Masa Depan
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment