BREAKING NEWS

Tahniah!! Nazri Aziz Dinobatkan Sebagai 'Raja Pembohong' 1Malaysia



Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case” bertarikh 20 November 2012.
Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.
Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kini dapat disahkan:
1. Pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno
2. Wang RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato’ Seri Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut)
Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.
Dato’ Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik.

 
Apabila pihak berkuasa Malaysia yang memaklumkan perkara tersebut kepada ICAC, ia mengesahkan desas-desus selama ini bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak berkuasa Malaysia.
Malah, kenyataan Kevin Zervos itu adalah lebih berat, kerana ia membayangkan bahawa pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) bersekongkol untuk menghentikan siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia dengan memberikan maklumat yang tidak tepat mengenai wang RM40 juta itu, tanpa siasatan yang telus dan bebas.


 Saya juga yakin pihak berkuasa Malaysia tidak pun menyerahkan bukti-bukti dan hasil siasatan yang menyokong kesimpulannya bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik yang berpunca dari hasil yang sah di sisi undang-undang.
Mengambil kira perkembangan terkini ini, saya menyeru pihak-pihak berkenaan mempertimbangkan perkara berikut:
- Parlimen mempertimbangkan tindakan sewajarnya kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang boleh dikira cuba menyalahmaklumkan (mislead) Parlimen dengan kenyataannya bahawa seolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik kepada Umno dibuat oleh ICAC sendiri, sedangkan ia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Seri Abu Kassim Mohamaed perlu berterus terang segera kepada Parlimen dan rakyat mengenai status sebenar siasatan SPRM terhadap tuduhan rasuah RM40 juta dan menjelaskan sama ada SPRM bertanggungjawab memaklumkan kepada ICAC bahawa wang itu kononnya sumbangan politik kepada Umno sehingga ICAC terpaksa menghentikan siasatan.
Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong bahawa beliau sudi untuk membuka semula kes ini jika ada bukti baru. KEADILAN akan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengumpulkan bukti-bukti baru ini agar satu siasatan dapat dimulakan segera oleh ICAC.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

21 NOVEMBER 2012

18 comments :

  1. Memang ICAC Hong Kong sendiri yang berkata tutup kes, tanyalah Shamsul Mohd Akin, Ketua AMK.

    ReplyDelete
  2. Bah, sama-sama kita tunggu keputusan daripada pihak Hong Kong sama ada kes ini patut dibuka semula ataupun tidak.

    ReplyDelete
  3. SIAKAP,SENOHONG,IKAN DURI
    DIA PEMBOHONG DAN PENCURI

    SENOHONG,IKAN DURI
    PEMBOHONG,PENCURI JADI MENTERI

    NAK JADI MENTERI DIMALAYSIA MESTI PEMBOHONG DAN MENCURI

    ReplyDelete
  4. Pihak Hong Kong berkata mereka sanggup membuka semual kes ini, tapi dengan syaratnya bukti baru dapat dijumpai.

    ReplyDelete
  5. apa pun, kes ini sudah pun selesai dan terserah kepada setiap orang untuk menilainya.

    ReplyDelete
  6. Dato’ Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.

    Dato’ Seri Nazri Aziz sekali-kali tidak pernah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik.

    ReplyDelete
  7. @Anonymous...sumbangan politik?? RM40 juta?? tak mungkin michael chia sanggup bagi sumbangan sebanyak itu dari duit poket dia sendiri..kecuali duit dari sumber rasuah yg merupakan komisen utk musa aman..

    ReplyDelete
  8. Duit tu diberi kpd United Malay No Otak. Hancur2 Hancur Umngok

    ReplyDelete
  9. Kes Hummer dijadikan salah satu bukti baru untuk dibawa ke Hong Kong tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  10. Tidak tahulah apa kaitan isu Hummer dengan perkembangnn kes RM40 juta ini.

    ReplyDelete
  11. Bukan Nazri Aziz yang membersihkan nama Musa Aman dalam kes RM40 juta.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya ICAC yang membersihkan nama Musa Aman setelah menyiasat kes ini tahun lalu.

    ReplyDelete
  13. Mereka menulis sepucuk surat yang disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah mengatakan bahawa penyiasatan terhadap beliau tidak akan diteruskan dalam kes ini.

    ReplyDelete
  14. Ini boleh membuktikan bahawa Nazri tidak mungkin boleh mempengaruh keputusan ICAC dalam memberhentikan penyiasatan mereka.

    ReplyDelete
  15. Lagipun Hummer tersebut diberikan kepada anak Nazri dan bukan kepadanya, beliau juga telah menjelaskan ini tidak menjejaskan ketelusan beliau sebagai menteri kerajaan.

    ReplyDelete
  16. Nazri Aziz juga tiada kuasa untuk mempengaruhi keputusan MACC dan ICAC untuk tutup kes ini.

    ReplyDelete
  17. ICAC bekerja secara berdikari dan tidak mungkin boleh terpengaruh oleh sesiapa.

    ReplyDelete
  18. Kita tengoklah samada pihak ICAC boleh terima bukti yang tiada kena mengena itu sebagai punca pembukaan semula kes ini.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails