BREAKING NEWS

Barua Umno Bersetuju Dengan Kenyataan Pak Lah Benarkan Orang Melayu Keluar Islam

KAH..KAH..KAH.. SEKARANG SIAPA YG KENA?? APA HABAQ BARUA-BARUA UMNO?? NAPE DIAM..DEMAM KE??

       
Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

Laporan media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.

Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today, Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."

"Ini bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?

"Jika mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan Islam.

"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).

"Ada disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti dilaporkan.

SUMBER

3 comments :

  1. Kalau takder kisah berkenaan kemaluan dan sex, itu bukan umno namanya!

    Apa lagi repot di ubah suai. kalau ada siaran langsung ok la jugak. Tak guna punya ejen Zionis-Apco! Apa yang orang sebut semua dikategori sebagai fatwa...lagi la bangang korang ni? Dah la bongok mangkok pulak tu. Balah la Babi Negara!
    Ingat! Soi Lek belum minta maaf sebab menghina Islam. Bukan sebab menolak Islam.
    Datang demo tapi bodoh taktahu beza 'BEBAS BERUGAMA' dengan 'BEBAS MEMELUK UGAMA'.

    Rela korbankan. Harta dan nyawa rakyat. Demi menegakkan umno tercinta. Puiiiiiiiih. Ayuh selamatkan duit KWSP kita dari dibazirkan oleh Binasakan Negara(BN).
    Jika Ayah Pin (Abdul Kahar Ahmad) adalah pengamal ajaran sesat dan ahli Umno nombor ahli 00113339 ahli Umno bahagian Gombak statusnya aktif dalam Umno. Apa bezanya dengan mahathir(Lihat Cover Photo)?

    Apa apa pun ABCD(Asal Bukan Cap Dacing).

    MUKTAMAD!
    Asalkan Bukan Umno!

    ReplyDelete
  2. UMNO tak boleh putus benar orang Melayu keluar Islam. Hal2 agama orang Melayu nak keluar Islam mahkamah civil tak boleh putus [kes Lina Joy].

    Jadi orang Melayu susah nak terus menyara hidup di Malaysia terpaksa menhilangkan diri macam Ayah Pin yang masih di buru oleh pihak agama Islam nak dakwa dia murtad. Hukum hudud untuk orang murtad adalah bunuh di pancung.

    Jadi memang susah kalau tak ada duit untuk hidup diluar negara macam Sufian Yusof, Datu Azhar, Hasnah Ibrahim, Zara Shafruddin, Ariff Alfian Rosli.

    Kawan baik saya, Ed (bukan nama sebenar) hanya boleh senyap2 keluar Islam tak bagi tahu orang Melayu lain. Orang Melayu mesti akan memerangi mati2an kalau tahu orang Melayu lain murtad keluar Islam.

    ReplyDelete
  3. Datuk Azhar, Zara Shafruddin, Hasnah Ibrahim, Lina Joy, Ayah Pin, Siti Fatimah sudah keluar Islam. Kalau keluar Islam memang susah nak terus menyara hidup di Malaysia sebab orang Melayu tak boleh keluar Islam dari segi undang2. Lagi pun, hukum untuk murtad adalah bunuh di pancung.

    Jadi bagi mereka yang tak ada duit untuk tinggal di luar negara cuma boleh senyap2 keluar Islam macam kawan baik saya, Ed (bukan nama sebenar) tak bagi tahu kawan2 Melayu takut di lapurkan kepada mahkamah syariah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails