Beginilah keadaan salah sebuah kereta yang disimbah asid oleh samseng-samseng bacul Umno/Apco aka syaitan yang dikenali.
JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.
Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.
Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.
Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.
Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.
“Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”
Penduduk Pengerang membawa potret mendiang keluarga mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek RAPID di Pengerang, 30 September 2012.
Perhimpunan hari turut menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.
Menggunakan tema “Himpunan Hijau Lestari Selamatkan Pengerang”, himpunan anjuran badan bukan kerajaan Pengerang ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Himpunan Hijau dan turut didukung oleh penyertaan daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR).
Berdasarkan temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider dengan organisasi bukan kerajaan Pengerang, koordinatornya Zaaba Abdul Samad berkata projek yang menelan belanja RM60 bilion ini akan meliputi keluasan 22,500 ekar tanah dan bakal menjadi hab simpanan minyak terbesar di Asia Pasifik.
“Masalahnya di sini bukan setakat Pengerang... tapi perairan di Johor, sekiranya RAPID ini siap di Pengerang, seluruh kawasan perairan Selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia.
“Sekarang ini ialah di Tanjung Bin di Kukup, Pasir Gudang, Tanjung Langsat, dan Pengerang yang terbaru,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, untuk projek RAPID, kerajaan juga telah menggunakan peruntukan daripada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara untuk mengambil tanah-tanah di Pengerang untuk tujuan membangunkan projek berkenaan.
“... (jadi, penduduk) sudah tidak boleh membuat bantahan, mereka hanya boleh tuntut gantirugi, sama ada mereka setuju atau tidak,” katanya lagi.
Justeru, Zaaba menegaskan isu pokok di Pengerang adalah penduduk tidak berpuas hati terhadap kadar pampasan yang diberikan, disamping isu alam sekitar yang bakal menjejaskan landskap Pengerang yang sinonim dengan hasil laut dan destinasi pelancongan.
“Penduduk kampung sekarang tak puas hati dengan bayaran gantirugi itu. Berbanding dengan penilaian JPPH (Jabatan Penilaian dan Pehkhidmatan Harta), perbezaan nilai tanah itu hampir 38 ke 42 peratus dari segi harga.
“Bayaran pampasan dibuat atas keluasan tanah, sekaki persegi, namun turut mengambil kira pembangunan di atas tanah tersebut,” katanya lagi dan menambah, ada kes untuk lot banglo, nilai pampasan adalah RM95 hingga RM100 sekaki persegi.”
Sementara itu, pengerusi organisasi bukan kerajaan Pengerang Anis Afida Mohd Azli menegaskan, ekoran pembayaran pampasan yang tidak setimpal, ia telah menimbulkan kemarahan penduduk, malah beliau turut menjangkakan isu di Pengerang ini bakal memberikan peluang kepada PR untuk menembusi kubu kuat Umno dan BN itu.
"Mereka sangat marah".
“Mungkin ia akan beri kesan kepada Johor dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelasnya lagi, dengan isu ini, penduduk Pengerang yang mempunyai seramai 35,000 pengundi, dengan kawasan yang 80 peratus majoritinya didiami komuniti Melayu termasuk peneroka di 10 Felda dan 20 peratus Cina ini akan turut menyertai demonstrasi tersebut.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Teck pula menegaskan isu di Pengerang ini bukan lagi masalah setempat, sebaliknya masalah yang mendapat perhatian di peringkat nasional, malah beliau yang ditemui The Malaysian Insider turut mengakui kehadiran mereka ke Pengerang untuk “mempolitikkan” isu tersebut.-The Malaysian Insider
Post a Comment