BREAKING NEWS

Bongkar!! Tanah Milik MARDI Bakal Dirompak Oleh Kroni 'Syaitan Yang Dikenali'



Saya menggesa Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Noh Omar supaya jangan menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang kepada mana-mana pihak demi keuntungan beberapa kerat individu sahaja.

Saya mendapat makluman dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Saya dimaklumkan hal tersebut bahawa MARDI dikehendaki menjual sebahagian tanah miliknya di Serdang bagi tujuan pembangunan. Datuk Seri Noh Omar selaku Menteri Pertanian sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia dan bukannya hanya goyang kaki bilamana mendapat maklumat tanah MARDI bakal dijual kepada pihak luar.

Noh Omar selaku menteri kabinet seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual. Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas.

Saya difahamkan bahawa pihak MARDI juga tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah.

Sementara itu, tanah milik MARDI ketika ini sebahagiannya telah dijadikan tapak Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Setiap tahun jutaan tetamu yang hadir mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA). Pada 23 November hingga 2 Disember ini, dijangka seramai 3 juta orang ramai bakal hadir menjayakan pameran tersebut.

Tapak MAEPS seluas 200 ekar itu merupakan pusat pameran pertanian terbesar di Malaysia dan perkara ini harus dikembang untuk dimajukan. Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran MAHA di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

Jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat- tempat lain tetapi bukannya di tapak milik MARDI di Serdang.

Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan. Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut.



Haji Yaakob Bin Sapari
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

25 September 2012

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails