BREAKING NEWS

Kisah Bapa Saudagar Arak 'San Miguel' Yang Sesat Lagi Menyesatkan


Menjadi pertanyaan, apakah sudah tidak ada orang-orang alim Islam dalam Umno? Apakah sudah tidak ada yang alim dan warak Islam dalam Umno untuk datang mendekati Tun Dr Mahathir dan berbisik ke telinga Tun agar kurangkan bercakap dan memberi pandangan tentang Islam?
Begitu tergamak para alim Islam Umno membiarkan Tun Dr Mahathir bercakap merepek dan merapu tak tentu arah hingga menjatuhkan imej Tun dan mendedahkan kejahilan Tun dalam agamanya ? Sepatah kata nasihat ustaz Azhar Idrus sambil berkelakar dalam ceramah-ceramah beliau, " lebih baik jangan bercakap pasal islam kalau tak tahu, kalau bercakap je, soh bodo!".

Tak kanlah ulama-ulama Umno nak membiarkan Tun begitu? Kejam namanya tu! Kasihanilah orang tua itu, betulkan pemahaman Tun bahawa lebih baik pilih syaitan daripada pilih malaikat" dan "malaikat pun kadang-kadang ada buat salah!" Astaghfirullah...apa ni? Mana boleh pilih syaitan dan mana boleh tolak malaikat? Kacau sungguh pemikiran Tun ini!

Boleh berdosa Harussani kalau tidak membetulkan Tun! Boleh berdosa Fathul Bahri kalau tak membetulkan Tun dan boleh berdosa Jamil Khir kalau tidak membetulkan Tun! Kalau iya pun nak berkempen dan nak menangkan Umno takkan sampai nak ikut syaitan? Tidak dibuat dek orang yang waras eh!
Diharap para ulamak umno janganlah tido dengan duit ringgit yang bertimbun tanpa memberi nasihat yang betul dan wajar kepada Tun Dr Mahathir! Tak kan semua takutkan Tun kot atau di waktu-waktu maghrib dan nak masuk Isyak Tun Mahathir  ini, memang nak biarkan Tun begitu? Kejam!

Aku risau kalau para alim Islam Umno tidak pergi segera menziarahi Tun secepat mungkin dibimbangi sehari dua lagi akan datang kenyataan Tun yang pelik-pelik dan menjadi bahan ketawa orang! Manalah tahu..... kan?

SUMBER

1 comment :

  1. percakapan mahathir semakin merapu dan bercanggah dgn hukum Islam..dlm keghairahan utk menyelamatkan parti umno yg sedang menuju kehancuran beliau sudah hilang kewarasan dan iman sebagai seorang Islam dlm mengeluarkan kata-kata..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails