BREAKING NEWS

Najib Wajib Melantik Semula Shahrizat Sebagai Menteri Kabinet



Memang betul2 bersih nih..sebab SPRM yg sahkan..nampaknya shahrizat mempunyai peluang cerah utk bertanding semuala di kerusi parlimen lembah pantai dn menjawat semula jawatan menteri kabinet...confirm raja nong chik akan gila meroyan kerana terlepas peluang utk bertanding dlm pru nanti...raja nong chik ni pun  bersih gak rekodnya...dia mana ada tibai tender kerajaan pn..yg tibai projek kerajaan berjuta2 tu adalah anak gadisnya...raja nong chik nih  tak tau apa2 pun pasal tender kerajaan yg anak dia dapat tu...pas ni SPRM akan bersihkan nama raja nong chik plak..mmg pn keje SPRM utk membersihkan...tp bukan membersihkan rasuah bro...tapi membersihkan nama perasuah tegar kroni umno/apco..nampaknya mmg tepat sekali kata2 najib tempohari..korang suku sakat umno/apco memang 'HARAM JADAH' tak puas2 mengkedarah duit rasuah dari dulu,kini dn selamanya...


SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai anggota Kabinet jika benar tiada sebarang kes ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan nama beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jika benar Shahrizat sudah bersih dan tiada kes, saya cabar Perdana Menteri melantik semula Shahrizat jadi menteri Kabinet, dikembalikan jawatan menteri yang lama (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)," menurut Ketua Wanita PKR lagi.

Sambil menolak desakan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman agar beliau memohon maaf selepas terbukti tidak bersalah ekoran pengumuman hasil siasatan SPRM, Zuraida berkata, tidak timbul soal pihaknya perlu memohon maaf.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, tiada keperluan untuk pihaknya memohon.

"Kami di PKR tidak ada sebab harus memohon maaf. Jika betul Shahrizat tidak bersalah, saya minta Datuk Seri Najib melantik semula Shahrizat ke dalam Kabinetnya," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.

Hadenan berkata, kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif NFC.

Ekoran isu itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lalu.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Walaupun meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet, Shahrizat kekal sebagai  sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Sambil meminta pihak Umno dan BN tidak terlalu gembira dengan kenyataan diumumkan SPRM kelmarin, Zuraida yang merupakan salah seorang daripada beberapa pemimpin PKR menggesa Shahrizat berundur sejak akhir tahun lalu berkata, SPRM seharusnya mendedahkan hasil siasatan kepada umum.

"SPRM mesti mendedahkan hasil siasatan mereka supaya rakyat dapat tahu keadaan sebenar," kata beliau sambil menambah, "dari segi teknikal, kita masih belum tahu proses penganugerahan projek NFC termasuk hubungan Umno."

Oleh itu kata beliau, SPRM perlu mendedahkan hasil siasatan jika benar Shahrizat tidak bersalah sama sekali.

1 comment :

  1. bak kata shahrizat..tunjukkan ahli umno mana yg bersih..jawapannya mmg tak ada langsung yg bersih..semuanya mesra rasuah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails