BREAKING NEWS

Khalid Ismath Amat Tertekan Apabila Ibunya Cedera Parah Dibelasah Anggota Polis

Khalid Ismath


Namun hari ini Khalid berada di dalam kurungan jeriji besi di atas kesalahan yang tidak di buatnya. Beliau di tuduh memukul polis hanya kerana sekeping gambar yang bukan gambarnya. Gambar ini di sebarkan oleh blog blog umno dengan tanpa rasa bersalah memfitnah Khalid seorang remaja yang baru berusia 22 tahun memukul anggota polis.

Kenapa ia di perlakukan sedemikian rupa? Secara logik dari gambar tersebut pun sudah membuktikan itu bukan khalid malah baju yang berbeza antara individu tersebut dengan Khalid pada hari dan waktu yang sama sudah cukup untuk menjadikan ini sebagai bukti bahawa Khalid tidak bersalah.

Timbul pula tuduhan yang Khalid menulis status di FBnya bersetuju sekiranya polis semua di bunuh. Dia tidak pun mengatakan atau menegeluarkan kenyataan supaya polis di bunuh, dia hanya menulis BERSETUJU.

Lagi pula kenyataan ini di keluarkan setelah ibunya sendiri cedera parah apabila di pijak oleh SB SB pada hari perhimpunan Bersih sabtu lalu. Anak mana yang tidak marah sekiranya ibunya di perlakukan sedemikian rupa tanpa ada perasaan belas. Bayangkanlah sekiranya ibu anda di perlakukan sedemikian rupa apakah ayat yang pertama akan keluar dari mulut anda ?

Malah menurut bapanya Ismath di ketika usaha menyelamatkan ibunya yang telah nazak ketika itu pihak polis ((SB) secara sengaja melontarkan bom asap kepada mereka. Dalam suasana cemas itu bapa dan kakaknya terpaksa mengharungi asap yang memedihkan untuk menyelamatkan ibunya.

Sekiranya ini berlaku kepada anda apakah yang anda rasakan? Ibunya menempuh saat2 antara hidup dan mati.. jadi di dalam keadaan marah dan emosi yang amat sangat perkataan perkatan seperti itu tidak mustahil akan keluar dari mulut siapa saja yang merasakannya.

Sebagai seorang anak yang amat sayang malah Khalid adalah seorang anak manja kepada ibunya sudah pasti tidak dapat menahan perasaan marah apabila ibunya di perlakukan sedemikan rupa.


*Kenyataan media oleh Khairul Naim Rafidi selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Rentetan daripada tindakan Khalid Ismath yang menulis status di laman sosial facebook beberapa hari yang lepas, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi.  Status yang dianggap mengecam Polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika Himpunan BERSIH 3.0.



Ibunya (gambar kiri) terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah.  Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini.  Lebih-lebih lagi ibunya merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda.  Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Lantaran itu, Khalid mula bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab.  Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui.  Kenapa pula tiada dikenakan apa-apa tindakan?

Atas permintaan Unit Cawangan Khas yang hadir pagi tadi, Khalid (gambar kanan) yang merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur esok jam 10 pagi.  Kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan baik dan berhemah. InsyaAllah.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim Rafidi selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails