BREAKING NEWS

Cayelah!! Sampai 32 Anggota Polis Serbu Rumah Chegu Bard



fuyoo!! sampai guna 32 org polis hanya utk sampaikan sapina utk hadir ke mahkamah..betul2 pembaziran anggota polis aje..sepatutnya anggota polis yg ramai2 tu dikerahkan utk buat rondaan cegah jenayah...patut le indek jenayah semakin meningkat...klau mcm ni cara jabatan polis wat keje..tak profesional langsung..mcm le polis sdg berdepan dgn penjenayah ganas yg bersenjata api dan ada c4..apa cite plak kes chegu bard dipukul setengah mati oleh polis dan wangnya sebanyak RM200 turut dicuri anggota polis tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 lalu?? tak kan nk wat diam dn wat bodoh aje..hantarlah 1 org anggota polis gi tangkap saspek kes pukul dn samun tu..wat le keje ikut undang2 yg betul..bknnya asyik ikut kepala najib aje..jngan le sampai rakyat hilang kepercayaan kpd kedaulatan dn kebebasan undang2 negara sendiri...inilah talian hayat terakhir umno/apco untuk menjatuhkan pakatan rakyat dengan memperlembuNFCkan institusi mahkamah,jabatan peguam negara dan pdrm..tp akibatnya amat buruk krn ianya akan menambahkan kebencian rakyat dn umno/apco akan di kuburkan secara total dlm pru ke 13 nanti..

SEREMBAN 21 Mei: Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi.

Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu.

“Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

“Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736),” jelas beliau lagi.

“Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar.

“Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.
Oleh Aedi Asri


Polis Belasah Dan Curi Duit Chegu Bard


KUALA LUMPUR 2 Mei: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di kawasan Masjid India.

Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.

“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.

“Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket saya hilang.

“Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya beruniform,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta.

“Mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran. Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan,” kata Chegu Bard.

Kejadian itu menyebabkan beliau cedera parah di kepala, bengkak seluruh badan dan mata lebam akibat dipukul polis menggunakan objek tumpul.

Beliau dan kira-kira 15 mangsa demonstran dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol), sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi 29 April lalu.

Katanya, laporan polis itu bagi membuktikan kepada kerajaan Umno BN terutama Menteri Dalam Negeri bahawa polis bertindak di luar batasan.
Oleh Mohd Martin Kahar

1 comment :

  1. rupa2nya pdrm ni terlebih anggota..sampai 1 platun turun hanya utk serah notis saman hadir ke mahkamah..pelik2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails