BREAKING NEWS

Cayelah!! Penganjur Himpunan Jutaan Belia 2012 Amat Berpengalaman



Apabila nawaitu penganjur dah tak betul dn tak jujur..maka inilah akibatnya,gua pun konpius bila Shabery Cheek cakap penganjur amat berpengalaman...berpengalaman rembat projek umno/bn ke?? klau sekadar berpengalaman sebagai pengampu dn penjilat umno/apco aje tak cukup bro..memang haram jadah lah klau kroni2 umno/apco yg hampas mcm ni pun boleh dipilih sebagai penganjur oleh kementerian Shabery Cheek ni..memang tak ada class dn tak layak langsung..kalau nak rembat duit projek kerajaan pun agak2 lah..jangan sampai nyawa penonton jadi taruhan..tak ada ciri2 keselamatan dn tak dipasang pagar keselamatan utk melindungi para penonton..takkan tak boleh terfikir utk dirikan pagar keselamatan sepanjang laluan track perlumbaan tersebut??..takkan nak harap Pakatan Rakyat yg kena cakap baru nak buat..lain kali buat keje pakai kepala otak sikit..jangan asyik dok pakai kepala lutut aje..memalukan aje.. tak ada sapa pun yg baling batu atau baling telor kearah pemandu kereta drag tersebut..camner boleh pemandu kereta drag tersebut meluru laju kearah penonton mcm ternampak hantu??







PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri. Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.


Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.

Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur, beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton, katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Bernama


1 comment :

  1. Ceramah Ustaz Azhar Idrus yg sepatutnya diadakan pada waktu yg sama dgn himpunan belia ini di picc dibatalkan semata2 utk beri laluan kpd konsert K-Pop dn acara2 hiburan yg lain..ke haluan manakah umno/bn ni nak bawa belia2 kita??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails