BREAKING NEWS

SPR Sudah Bersiap-Sedia Untuk Menipu PAKATAN RAKYAT


Suruhan Penipu Rakyat... SPR terpaksa menipu lagi untuk menutup penipuan terancang mereka bersama JPN dan MKN selama ini.

Carta negeri paling banyak pengundi baru !


  • Soalan: Kenapa ramai sangat pengundi baru yang berdaftar di negara kita secara tiba-tiba?
  • Jawapan SPR: Kerana kami terlalu agresif menggalakkan rakyat mendaftar.
  • Alasan logik: Pilihan raya umum ke-13 semakin hampir membuatkan orang ramai terjun mendaftar.
  • Berikut carta senarai negeri terhebat dengan penambahan pengundi baru sejak 2008 hingga 2011:
    1. Selangor - 165,222
    2. Johor - 124,240
    3. Perak - 96,710
    4. Sabah - 86,927
    5. Kedah - 84,704
    6. Kelantan - 69,344
    7. Penang - 64,029
    8. Sarawak - 63,305
    9. KL - 61,040
    10. Pahang - 59,639
    11. Terengganu - 45,190
    12. Negeri Sembilan - 42,009
    13. Melaka - 31,827
    14. Perlis - 9,881
    15. Labuan - 2,863
    16. Putrajaya - 1,920
  • Pecahan penambahan pengundi baru mengikut bangsa:
    • Tahun 2008
      • Melayu 53%
      • Cina 29.4%
      • India 8.1%
    • Tahun 2009
      • Melayu 67.3%
      • Cina 19.8%
      • Sarawak Bumiputra 4.8%
    • Tahun 2010
      • Melayu 56.4%
      • Cina 27%
      • India 6.6%
    • Tahun 2011
      • Melayu 60.6%
      • Cina 22%
      • India 6.7%

Peningkatan pengundi baru di beberapa kawasan yang diwakili pembangkang adalah ekoran langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan promosi secara agresif selain suasana semasa yang hampir dengan pilihan raya umum ke-13.

Justeru itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak dakwaan bahawa peningkatan jumlah pengundi baru itu adalah sesuatu yang dirancang SPR bagi tujuan tertentu.

azlan"Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya seluruh negara.

"Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya semalam.

Perkara itu adalah antara yang terkandung dalam buku bertajuk 'Fakta Sebenar di sebalik dakwaan dan fitnah terhadap SPR' yang akan diedarkan SPR di seluruh negara termasuk kepada media, parti politik dan agensi kerajaan.

Sebanyak 5,000 buku yang mengandungi 12 jawapan terhadap dakwaan yang ditimbulkan beberapa pihak terhadap SPR, akan diedar di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menilai sendiri dakwaan berkenaan.

Abdul Aziz berkata jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di Selangor diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Perak.

"Maka, jika peningkatan pendaftaran tertinggi berlaku di Selangor, itu adalah selari dengan fakta yang mana seramai 750,000 warganya belum mendaftar sehingga Jun 2011," katanya.

Beliau berkata terdapat bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang tinggi seperti di kawasan P107 Subang sebanyak 34 peratus, P154 Tebrau (34 peratus); P111 Kota Raja (33 peratus); P086 Pekan (33 peratus) dan P032 Gua Musang (30 peratus).

- Bernama

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails