BREAKING NEWS

Senarai Peguam-Peguam ‘Urgent Arrest’ Di Enam Lokasi Bersih 3.0

 
KUALA LUMPUR 27 April: Sukarelawan Undang-undang ‘Urgent Arrest’ Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan berada di enam lokasi alternatif Bersih 3.0 bagi membantu peserta jika berlaku tangkapan esok.
Pihak yang perlu dihubungi ialah:
1 – Pasar Seni – Nalini (019-3043159) Sarah (018-3181179)
2 – Masjid Negara – Syukri (011-15542640)
3 – Jalan Sultan – Maisarah (012-2187476)
4 – Masjid India – Andika (016-2247255)
5 – Brickfields – Thevarajan (013-3845740 )
6 – KLCC – Hasbee (014-9254010)
Manakala nombor telefon pejabat Suaram ialah 03-77843525 (Diane).
Orang ramai diminta tidak panik sekiranya ditahan polis atau DBKL.
“Apa yang perlu dibuat hanya bertenang dan hubungi Suaram,” kenyataan penyelarasnya, E Nalini, dipetik dari laman web Suaram.
Sementara itu, Bersih 3.0 turut mengeluarkan panduan undang-undang.
APABILA DISOAL POLIS
- Anda hanya cuma perlu berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja. Jika ditanya soalan lain, anda boleh bertanya; “Adakah saya ditahan?”
BILAKAH ANDA DITAHAN
- Anda ditahan apabila anggota polis itu menjawab ‘ya’ .
- Polis tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis.
- Jika tidak ditahan, anda boleh pergi dari tempat tersebut atau tidak perlu patuh pada arahan untuk ke balai polis atau tempat lain.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
- Polis tidak boleh menahan semata-mata kerana anda mungkin seorang saksi atau ingin mengambil kenyataan (Kenyataan saksi/112).
APA PERLU DIBUAT SELEPAS DIBEBASKAN
- Pastikan semua barang anda dikembalikan oleh polis.
- Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
- Buat laporan polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
- Cerita dan rakam pada peguam dan media jika dianiaya polis.
- Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan jka dibawa ke Mahkamah.
- Ambil nombor telefon orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
- Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
- Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu sahabat seperjuangan.
“Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
“Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan,” panduan Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 dipetik.
Setiausaha Bersih 3.0 boleh dihubungi di talian 016-9670921 atau emel media@bersih.org.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails