BREAKING NEWS

Polis Takutkan Samseng Umno ??



KUALA LUMPUR: Kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sanggup berdepan apa sahaja risiko termasuk dikasari bagi menuntut pendidikan percuma.

Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

"Saya ingin mengingatkan beberapa perkakas mereka yang seolah-olah menyokong tindakan ini. Kita boleh bebeza pendapat, kita boleh menganggap anak-anak itu bersalah, kita mungkin tidak bersetuju keras dengan mereka tapi ingat, jangan guna kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak.

"Siapa yang beri hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoal sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaupun sudah beberapa kali kejadian sedemikian berlaku.

"Ini bukan kali pertama. Ketika saya diserang cermin kereta dipecahkan, Nurul Izzah diserang dan sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

"Apa negara ini (menerima) budaya samseng? Apa Datuk Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit? Bukankah dia seorang ayah? Apakah Menteri Dalam Negeri lepas tangan begitu sahaja? soalnya.

Justeru beliau meminta semua pihak menerima perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan.

"Apa kata kalau seorang penyokong Umno diserang begitu, terus jadi isu besar. Ini bukan soal politik. Ini soal jenayah.

Samseng Umno iaitu seorang penjenayah yang pernah melakukan serangan samseng di Jalan Kebun terus bebas dan kembali melakukan jenayah yang sama di Dataran Merdeka tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa.Dalam pada itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mendakwa dua anggota detektif polis telah tercedera di bahagian belakang badan ketika cuba meleraikan insiden serangan samseng-samseng tersebut.



 



Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengutuk kejadian biadap oleh sekumpulan orang yang dibiar mengganasi pelajar yang berkhemah  di Dataran Merdeka dua malam yang lalu.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian yang berlaku secara terang-terangan di hadapan pihak polis menyebabkan negara ini tidak boleh dianggap negara yang selamat.

Katanya, sudah pasti insiden tersebut kini dapat dilihat sendiri oleh pelancong dari luar dan dengan itu gambaran negara ini sebagai negara yang aman adalah indah khabar dari rupa.

Katanya, Teras kesal dengan respons Menteri Pendidikan Tinggi berhubung insiden tersebut.

Katanya, sikap bebal dan sangat tidak matang menunjukkan menteri berkenaan tidak layak memegang mandat sebagai menteri apabila berhadapan dengan tuntutan pelajar.

“Dengan mengeluarkan kenyataan pedas terhadap pelajar yang diserang oleh sekumpulan gangster di hadapan orang ramai dan disaksi oleh pihak polis sendiri adalah suatu kenyataan yang  menunjukkan mentaliti yang sama dengan penyerang itu sendiri,” ujarnya.


Justeru, ujarnya Teras menuntut pihak polis menyiasat dan bertindak ke atas kumpulan  ganas yang menyerang  pelajar yang berkenaan.
Pengerusi Mahasiswa Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, serangan sekumpulan samseng terhadap mereka awal pagi tadi tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkhemah di situ sehingga 28 April dan sehingga tuntutan mereka didengari.

"Kami sanggup menghadapi pelbagai perkara, kami sanggup dikasari dan kami redha tapi semangat kami tak akan pudar untuk menuntut pendidik percuma.

"Kami buat semua ini bukan untuk kepentingan kami tapi demi kepentingan mahasiswa dan ibu bapa yang tidak berkemampuan. Lagipun kami yakin kami tidak membuat perkara yang bercanggah dengan undang-undang," kata beliau pada sidang media di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau juga memberitahu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat pagi tadi berhubung insiden serangan itu.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berpakaian serba hitam menyerang perkhemahan mereka dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswi ditendang, ditampar dan ditumbuk.

Mengulas kejadian itu, Syahid berkata, mahasiswa mengecam tindakan yang disifatkan sebagai budaya samseng itu.

"Kami mengecam keras tindakan kurang ajar mereka dan berharap polis menyiasat perkara ini secara adil," katanya.

Ditanya sama ada samseng tersebut diketuai oleh individu yang sama dalam serangan di Jalan Kebun, Klang, Syahid berkata pihaknya tidak dapat mengenal pastinya kerana kebanyakan rakaman dimusnahkan oleh mereka.

"Ada orang beritahu kami, dia orang sama berdasarkan rakaman yang sempat dimuatnaik ke facebook tapi kami tak dapat cam. Mungkin boleh diteliti lagi," katanya.

Jaga keamanan tanggungjawab siapa?

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menempelak kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang meminta mereka tidak menagih simpati apabila berlaku perkara yang tidak diingini.

"Saya nak tanya, soal menjaga keamanan dan keselamatan orang awam, siapa?

"Kenapa polis yang ada boleh berjaga di tepi-tepi jalan tapi bila berlaku serangan, mereka hanya melihat dan tidak mengambil apa-apa tindakan.

"Respons yang diberikan menteri itu sangat tidak bertanggungjawab," tegasnya.

Dalam kejadian itu, samseng turut melontar kata-kata kesat dan mencampakkan cermin mata aktivis sosial, Fahmi Reza manakala rakannya, Boon Kia Meng, seorang pensyarah institusi pengajian tinggi swasta, ditumbuk.

PERSOALANNYA,APAKAH TINDAKAN PIHAK POLIS KEATAS SAMSENG-SAMSENG UMNO TAIK KUCING INI?? ADAKAH SAMSENG-SAMSENG UMNO TAIK KUCING INI MENGATASI UNDANG-UNDANG NEGARA DAN KEBAL DARI UNDANG-UNDANG??

Video serangan samseng umno taik kucing di Dataran Merdeka.






Saksikan keganasan lampau samseng Umno Taik Kucing di Klang,Selangor.

2 comments :

  1. Pukimak punya UMNO. Kita tengok PRU13. Potong kepala butuh aku la kalau aku undi PUKIMAK UMNO...Haram sampai kiamat...

    ReplyDelete
  2. kalo orang ramai bertindak balas terhadap samseng2 tu harap polis jgn masuk campur seperti mana sewaktu mereka menyerang mahasiswa.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails