Nak cover satu, last last semua terbongkar dan tersebar keseluruh dunia...betul-betul memalukan aje..cakap tak serupa bikin..kebebasan media kunun..piraahhh!!
Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.
Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.
"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.
"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."
Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.
Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.
Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis
Manakala seorang wartawan akhbar The Sun telah dimasukkan ke hospital susulan kecederaan di tulang rusuk dan turut disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur semalam.
Menurut rakan sekerjanya Alyaa Alhadjri, wartawan berkenaan Radzi Razak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alyaa berkata ujian yang dijalankan ke atas Radzi awal pagi tadi menunjukkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.
Insiden yang menyebabkan Radzi mengalami kecederaan tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun menurut wartawan Malaysiakini Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan di mana Radzi sedang berdiri pada kejadian kira-kira jam 5.30 petang.
Radzi dikatakan berdiri di satu sudut di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha pada ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.
Zulaikha berkata, beliau melihat sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan berkenaan dan kemudiannya menerpa ke satu sudut persimpangan itu.
"Kemudian saya nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa orang anggota paramedik memeriksa keadaan lelaki itu," katanya.
Seorang lagi wartawan Malaysiakini Nigel Aw yang tiba di lokasi tersebut melihat Radzi terbaring dan kelihatan "separa sedar (dan) dikelilingi orang ramai."
Satu gambar Radzi menunjukkan beliau berpakaian baju putih dalam keadaan terbaring dan dikelilingi pegawai perubatan.
Beliau dilihat memakai kad pengenalan media.
Hishammuddin Menteri KDN paling 'Banang' berkata merampas kamera wartawan itu mengikut SOP tapi menurut KPN tindakan polis itu tidak mengikut SOP, jadi apakah motif polis ini merampas kamera para wartawan dan mengantung di lehernya??
Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak pula mendakwa telah dipukul oleh sehingga tujuh orang anggota polis.Menurut Radzi beliau dipukul oleh tujuh anggota polis berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden BERSIH 3.0 semalam.
Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.
Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.
"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.
"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."
Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.
Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.
Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis
Manakala seorang wartawan akhbar The Sun telah dimasukkan ke hospital susulan kecederaan di tulang rusuk dan turut disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur semalam.
Menurut rakan sekerjanya Alyaa Alhadjri, wartawan berkenaan Radzi Razak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alyaa berkata ujian yang dijalankan ke atas Radzi awal pagi tadi menunjukkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.
Insiden yang menyebabkan Radzi mengalami kecederaan tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun menurut wartawan Malaysiakini Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan di mana Radzi sedang berdiri pada kejadian kira-kira jam 5.30 petang.
Radzi dikatakan berdiri di satu sudut di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha pada ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.
Zulaikha berkata, beliau melihat sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan berkenaan dan kemudiannya menerpa ke satu sudut persimpangan itu.
"Kemudian saya nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa orang anggota paramedik memeriksa keadaan lelaki itu," katanya.
Seorang lagi wartawan Malaysiakini Nigel Aw yang tiba di lokasi tersebut melihat Radzi terbaring dan kelihatan "separa sedar (dan) dikelilingi orang ramai."
Satu gambar Radzi menunjukkan beliau berpakaian baju putih dalam keadaan terbaring dan dikelilingi pegawai perubatan.
Beliau dilihat memakai kad pengenalan media.
Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.
Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.
"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.
Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.
Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.
"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.
"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.
Manakala wartawan laman berita Merdeka Review, Chen Shaua Fui mendakwa telah dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 dalam kejadian anggaran jam 7.30 petang semalam di Jalan Tun Perak ketika beliau cuba merakam gambar anggota polis yang didakwa memukul peserta perhimpunan di sebuah restoran.
Beliau mendakwa anggota polis berkenaan mengheret dua orang peserta berkenaan yang sedang makan dan memukul individu berkenaan.
"Saya ingin merakam gambar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak berbuat demikian, jadi saya tak (rakam gambar).
"Kemudian mereka pergi kesebuah restoran lain di mana dua orang awam yang lain sedang makan. Polis tersebut meminta mereka menanggalkan baju yang dipakai oleh mereka, menahan dan memukul mereka.
"Semasa saya mahu merakam foto dan ketika itulah mereka telah memegang tangan saya," katanya lagi.
Chen berkata salah seorang anggota berkenaan memegang tangan kanannya manakala seorang lagi memegang tangan kirinya.
Seorang lagi anggota polis cuba menarik beg beliau, katanya lagi kepada Malaysiakini.
Tambahnya, anggota polis tersebut cuba merampas kamera beliau serta merampas kad pengenalan medianya dan menendang kad berkenaan.
Seorang lagi wartawan yang turut mendakwa dikasari polis, Harry Fawcett mendakwa diberi layanan sebegitu oleh sekumpulan polis berpakaian seragam ketika beliau cuba merakam tindakan anggota berkenaan ke atas sekumpulan peserta perhimpunan.
Wartawan Al Jazeera itu memberitahu Malaysiakini, beliau bersama jurukameranya Ray Nones dihurung sekumpulan polis antara sepuluh hingga 15 orang ketika berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Fawcett mendakwa, beliau melihat tiga anggota polis memegang seorang lelaki dan pada masa sama seorang anggota polis itu menendang lelaki berkenaan.
Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.
Post a Comment