BREAKING NEWS

PRU13: Penduduk Bukit Merah Dan Bukit Kledang Dapat Sumbangan Radiasi 1Malaysia

 
Satu usul tergempar akan dibentangkan di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan tahap radiasi yang berlebihan di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 04


Memetik bacaan daripada kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata bacaan yang dibekalkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menunjukkan angka yang bercanggahan.


Kata Fong, usulnya itu bersifat khusus, mempunyai kepentingan awam dan perlu digerakan kerana ia melibatkan kehidupan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk.




Semalam, SMSL yang berjuang menentang loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng, Kuantan, berkata bahawa kesan radiasi di kilang yang telah ditutup 18 tahun lalu, masih pada tahap berbahaya.


Ia berikutan lawatan kumpulan itu yang diketuai pengerusi SMSL Tan Bun Teet dengan ahlinya  yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi.


Dakwa beliau, bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.


Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), kata Tan.

Radiasi berlebihan meskipun selepas 18 tahun kilang berkenaan ditutup.
  
Kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.

Kumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) berkata fakta itu ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.

Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan), ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan.






Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.

Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.

"Adalah dikesalkan bahawa dalam zon penampan 1.7 kilometr dari tapak pelupusan sisa, kita masih dapati ada aktiviti pertanian pembiakan ikan, haiwan dan sayur-sayuran," kata Tan.

Walau bagaimanapun, AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia.

Malaysiakini

1 comment :

  1. ORANG PAS BODOH BANGAU...HOSPITAL, BOMBA, SUBSIDI KERAJAAN TAHU PULAK AMBIK....ORG PAS BAGI AKU TAK MAJU, TAHAP 0.00001%.. ORANG SKUNK TECHNOLOGY PENTING, TP ORG PAS POLITIK, POLITIK, N POLITIK....HAHAHA..APA DA.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails