BREAKING NEWS

Najib Akui Sisa 'LYNAS' Adalah 'BERBAHAYA'



KUALA LUMPUR 5 Mac: Pengumuman kerajaan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi oleh Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk, adalah bukti kerajaan sebenarnya menyedari sisa berkenaan berbahaya.

Menurut Ketua Biro Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar, ini adalah di sebalik dakwaan perdana menteri bahawa keputusan untuk memindahkan sisa itu tidak ada kena-mengena dengan tahap kebahayaan.
“Jika sisa ini tidak berbahaya, maka tidak ada keperluan untuk memindahkan lokasinya ke tapak lain. Kenyataan (perdana menteri) ini menunjukkan bahawa kerajaan memang menyedari akibat ketoksikan sisa Lamps.

“PAS percaya kenyataan PM hanya retorik politik untuk menyembunyikan salah guna kuasa dalam membuat keputusan terburu-buru yang membahayakan keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, jika sebegitu selamat seperti yang didakwa, lokasi terbaik bagi membuang sisa toksik itu adalah di padang pasir Australia yang luas dan tidak berpenghuni.
“Hakikat bahawa pihak berkuasa Australia sendiri  tidak mahu menerima sisa toksik … mengesahkan bahawa ia adalah sangat bahaya,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau menambah bahawa cadangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya sisa berkenaan dihantar semula ke Australia juga menimbulkan beberapa soalan.

“Kenapa tidak beliau mempersoalkan pengurusan sisa dan pelupusan toksid awal? Mengapa timbulkan perkara ini selepas lesen operasi sementara diberikan?” soalnya.
SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails