BREAKING NEWS

Kerajaan 1Malaysia Beri Sumbangan 'SEDEKAH' RM589 Juta Kepada Tajudin Ramli

 
Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada  Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

SUMBER

2 comments :

  1. Menatang UMNO/BN haram jadah celaka ni tk boleh bagi peluang perintah Mesia ni dah.Jahanam dibuet puak makan benda haram ni. Buat cam ne rakyat kita yang bodoh ni maish lagi jadi lembu UMNO.

    ReplyDelete
  2. disahkan Malaysiakini?? Hahah...tu malaysiakini pun dah selalu KANTOI MENIPU .ingat lah wahai Malaysiakini..sebarkan fitnah masuk neraka

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails