BREAKING NEWS

Bagaimanakah Najib Dan Rosmah Mampu Hidup Terlalu Mewah Dengan Gaji PM Hanya RM23,000 Sebulan??

 
Wang dan masa ialah dua perkara penting kepada PM Najib Razak jika beliau ingin kekalkan kedudukan nya sekarang, tetapi sumber kedua-duanya agak terhad. Pergerakan seharian nya telah di rangka untuk 12 bulan akan datang, yang kebanyakan nya telah direncanakan secara terperinci dan terancang. Tidak banyak ruang untuk perubahan kecuali keadaan bebetul memerlukan, kata kakitangan nya.

Seterusnya persoalan wang.Dengan hanya RM23,000 sebulan pendapatan sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal bagaimana Najib dan isterinya Rosmah boleh menjalani gaya hidup mewah dan glamor yang di idamkan. Seluruh negara mengetahui kedua mereka mewah,dengan kritik menyebut kareer lampau Najib yang mewah di Kementerian Pertahanan sebagai sumber kemewahan mereka. Sehingga hari ini,Najib dibelenggu dakwaan beliau mengambil imbukan RM570 juta dari pembuat senjata Perancis, DCN kerana bersetuju membeli 2 buah kapalselam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, wang ini tidak boleh dibelanjakan oleh kedua nya sewenangnya.Walaupun jika mereka boleh berbuat demikian,mungkin mereka tidak mahu. Tamak haloba ialah satu sifat yang buruk,dan kebanyakan orang hanya akan membelanjakan wang orang lain,tapi tidak wang mereka sendiri.

Pegawai/Kakitangan dan orang suruhan yang tidak sanggup lagi berkorban untuk tuan mereka

Bagaimanapun,sebagai perdana menteri dengan kuasa yang ada ditangan dan ribuan pegawai yang patuh kepada arahannya, kehendak dan permintaannya beliau dan keluarganya dengan mudah dapat ditunaikan. Walaupun mereka tidak mahu dilihat melakukan perkara tersebut, mereka dengan mudah boleh memperdayakan pegawai-pegawia mereka untuk menandatangani bebragai dokumen. Ugutan hukuman atau ‘cold storage’ sentiasa ada. Satu dilemma untuk memuaskan hati majikan atau meletakkan reputasi dan integriti mereka dalam keadaan bahaya. Apalagi menanggung kesalahan dan tidak mensabitkan Najib dan Rosmah-walau apa terjadi.

Tetapi itu stail yang lepas.Masa berubah dan pegawai lebih bijak dan berhati-hati kini. Mereka tidak rela lagi berkorban untuk majikan mereka, contoh terbaik yang dipelajari dari dua pengawal peribadi Najib .yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia,Altantuya Shaariibu,perempuan simpanan kepada Razak Baginda, teman baik PM.

Tidak kira betapa berkuasanya PM,para pegawai lebih berhati-hati; mereka menyimpan dokumen-dokumen yang boleh mensabitkan sebagai ‘insuran’.Dan mereka tidak ragu-ragu mendedahkan dokumen tersebut kepada orang ramai jika ada cubaan menjadikan mereka kambing hitam.Mereka sudah jemu dengan Najib dan Rosmah, ketua mereka yang banyak kerenah.

Hal ini menjelaskan kenapa tiba-tiba banyak maklumat terperinci berkaitan salahguna kuasa dan wang oleh teraju NFC yang berjumlah RM250juta. NFC ,sudah tentu di terajui oleh keluarga seorang Meneri UMNO Shahrizat Jalil, yang suaminya didakwa melakukan jenayah pecah amanah awal minggu ini.

Satu lagi perkara yang menyokokng perepsi bahawa keluarga Najib juga menyalahguna kuasa ialah dimana mereka mencampur adukkan perkara peribadu dengan urusan rasmi. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Najib telah menipu seluruh negara sejak dari beliau menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun mereka mempunyai banyak wang, tidak mustahil mereka lebih suka membelanjakan wang orangramai termasuk negara. Jadi,mereka patut dilabel sebagai murahan.

Kejadian yang tepat pada masanya

Pada 17 Mei,2011, pasangan pertama ini yang kononnya dalam lawatan rasmi ke New York dan Washington DC tetapi akhirnya menghadiri majlis graduasi anak mereka,Nooryana di Universiti eorgetown.
Beberapa minggu kemudian pada awal Jun,Najib dan Rosmah dalam lawatan rasmi ke Kazkhstan.Najib juga mengetuai delegasi ke World Islamic Economic Forum (WIFE) yang berlangsung di Astana,ibu negara Kazakh. Satu kejutan kah bila Najib dituduh sengaja memilih supaya lawatan tersebut serentak seupaya beliau boleh menyelesaikan usuran peribadi seperti pertunangan anak perempuan nya dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Kazakhstan? Lebih mengejutka n bila beliau melibatkan beberapa tetamu peribadi dalam rombongan rasmi nya untuk menghadiri majlis tersebut.

Malahan, lawtan ke Kazakhstan mula menghantui Najib. Semasa WIFE, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pengarah NFC dengan daerah Jambly di Kazakhstan bertujuan pembiakan lembu untuk di expot ke Malaysia dan negara jiran. Sudah tentu Najib telah dinasihat kan oleh pegawai-pegawai nya merit MOU terebut, juga samada perjanjian tersebut dibenarkan antara NFC dan kerajaan Malaysia untuk melabur di Kazakhstan. Samada terdapat kepentinagn tersembunyi atau tidak,Najib secara melulu bersetuju dengan urusan tersebut.

Hadiah perkahwinan condo RM1.7 juta?

Pada September lepas,NFC membeli satu unit kondo mewah bernilai RM1.7 juta,kononnya untuk digunakan sebagai pejabat. Pembelian ini sekali dengan kondo di bangsar dan Singapore yang mana pengarah NFC dituduh dibeli secara rasuah sekarang menjadi perhatian lapuran polis , menurut lapuran berita terkini.
Kenapa membeli kondo mewah untuk dijadikan pejabat? Pembiakan lembu bukannya satu pelaburan atau perbankan korporat dimana terdapat pelanggan jutawan yang perlu layanan istimewa, atau mungkin pengarah NFC anggap keluarga Najib demikian? Adakah kondo tersbeut dibeli untuk kemudahan anak perempuan Najib atau Rosamh atau ahli keluarga yang lain bila-bila mereka melawat Kazakhstan?

Satu keputusan perniagaan yang baik untuk menjadikan kediaman mewah sebagai pejabat bila membuat pesanan bekalan lembu, makanan ternakan dan sebagainya akan mejadi aktiviti utama? Lagipun, lembu dan condo tidak sama. Adalah lebih elok,bijak dan murah membuka pejabat di bandar atau daerah perniagaan.
Terdapat khabar bahawa NFC sering membantu beberapa ahli politik UMNO dengan mmebekalkan lembu2 utk upacara korban semasa hari raya haji, pada kadar harga lebih murah atau percuma.Jadi,membeli kondo untuk mengambil hati PM atau untuk kemudahan ahli keluarganya adalah tidak mustahil.

Samada mereka ingin menjual kondo tersebut kepada keluarga Najib dengan diskaun, keluarga Shahrizat boleh menafikan semua dan mendakwa pembangkang membuat tuduhan liar, tapi mereka perlu menjelaskan kenapa keputusan tersebut dibuat dan adalah ia mengikut perautran pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Terdapat spekulasi yang mengatakan condo tersebut ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.Jika benar, semakin banyak tembelang pecah bila ianya berkait dengan rasa tak puas hati orang ramai.Terdapat penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi dan tamparan kepada orangramai yang merungut betapa sukarnya hidup kerana kenaikan harga barang dan sarahidup.

Menyokong rasuah

Bukan perkara tidak adil jika ada gesaan untuk pendedahan peuh kerana ini satu contoh budaya Gua tolong lu, lu tolong gua yang secara terang di promosi oleh Najib sendiri. Jadi ia perlu disiasat secara terperinci. Ini lah sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya patut menghukum Najib bila beliau mula-mula memberi komen berkaitan. Tidak bertindak segera terhadap rasuah tapi mengatakan ia tidak salah, ianya cuma gembar gembur dari pembangkang yang membesarkan isu,menyolong perbuatannya dan perkembangan terus budaya kotor terebut.

Ini antara sebab walaupun keputusan mendakwa suami Shahrizat,Salleh Simail dengan jenayah pecah amanah, tidak ramai yang percaya yang pemerintahan Najib akan dapat semula wang rakyat yang telah dibelanjakan.Untuk meredakan kemarahan orangramai, media UMNO bersungguh sungguh melapurkan isu lebih ramai pengarah NFC akan didakwa

Bagi keluarga Shahrizat,ini satu pengajaran yang pahit. Kawan-kawan berpengaruh yang sering mereka bantu tidak dapat membantu mereka.Ini lah lumrah politik.Hanya yang kuat akan bertahan. Melihat dari rekod lampau Najib dan Shahrizat, dan kerajaan BN selama ini, peluang besar untuk keluarga Shahrizat terlepas dengan hanya hukuman ringan.

Skandal bil jamuan makan malam

Sementara itu,najib dan Rosmah juga perlu bertanggungjawab. Permulaan nya ialah beri penjelasan kepada dakwaan terbaru yang mereka melepaskan tanggungjawab melunaskan bil jamuan makan malam RM410,000 di Putrajaya kepada pembayar cukai. Ini bukan satu jenaka kerana rakyat perlu membayar RM1.1 juta bagi penerbangan rombongan Najib ke WIFE tahun lepas, yang didakwa termasuk tetamu peribadi untuk majlis pertunangan.

Amat meragukan Najib dengan gaji sebulam RM22,826.65 mampu membelanja kan RM80,000 untuk majlis harijadi nya yang berlangsung pada bulan tersebut juga. Walaupu keluarga nya bersronok sepanjang 2011, rakyat Malaysia berhak bertanya bagaimana PM mereka yang menafikan salahguna kuasa dan berkeras menyatakan beliau menanggung sendiri kos kedua majlis- mampu berbuat demikian dengan jumlah gajinya.
Tambahan lagi.ketika sambutan Hari Kebangsaan,Najib dan keluarga nya menyelinap keluar dan terbang ke Perth untuk percutian dan menggunakan jet persendirian kerajaan untuk mereka dan tetamu mereka. Bila terlalu banyak kejadian salahguna kuasa dn wang,sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Malaysia Chronicle

5 comments :

  1. Zaman Khalifah Islam....
    Walau anak isteri lapar namun tidak berani mengambil dari baitulmal

    Zaman Khilafiah Selam....
    Anak dan isteri bebas menggunakan harta negara

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Dalam hikmat kata-kata..
    Untuk mendapat nikmat dunia..
    Jadilah pengembala SANG SAPI..

    WUJUD MANUSIA SEBAGAI ABDI PENCIPTA..
    BUKAN BAGAI SANG SAPI..
    ADA OTAK.. TAK BERFUNGSI MINDANYA..

    ReplyDelete
  3. Slogan cantik Rakyat Didahulukan, tapi semua rakyat tanggung, pergi makan kat restoran kena cukai, guna letrik kena cukai, astro kena cukai, guna h/p pun nak kene cukai dll yang tak dapat diperkatakan jenis cukai yang rakyat tanggung. Tapi yang peliknya kilang negara asing yang akan beroperasi tu free cukai pula. Ini lah pepatah melayu Kera dihutan disusui anak dibuaian mati kelaparan. Kalau betul semua belanja tu guna duit rakyat/pembayar cukai saya tak halalkan duit saya disalahgunakan.

    ReplyDelete
  4. Salam mullah qadammullah...ikutilah khalifah saidina umar alkhatab r.a.tapi sekarang ini rakyat yang sengsara...biar derita biar sengsara aku rela menjadi mangsamu....TIADA YANG TERTINGGAL DAN TIADA YANG TERPINGGIR KITA TURUN PADANG KITA SELAMI HATI RAKYAT..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN..SALAM SATU MALAYSIA..memanglah rakyat yang didahulukan sbb rakyat yang menaggung derita kerana hendak membayar hutang negara...rakyat jadi mangsa...tapi takapa..di akhirat esok tanggunglah bebannya..berjalanlah di padang mahsyar mencari 27 juta rakyat tanah melayu ni utk meminta maaf diatas kesalahan yang telah dilakukan...azab-azab...dan mereka-mereka ini akan berjalan dengan 7 golongan...aii seram nak cakap takut....fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  5. Bertaubatlah.......selagi hayat dikandung badan......ALLah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.........dunia hanya sementara.......akhiratlah kekal selama-lamanya...................................rakyat dan harta negara adalah dugaan kepada PEMIMPIN

    Hidup itu benar.........Mati itu benar.......Alam barzah/kubur itu benar.............ingatlah orang2 yang beriman...............................hidup di dunia hanya sementara....................................

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails