KUALA LUMPUR, 31 Mac- Perdana menteri hari ini menjanjikan para peneroka “durian runtuh" bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bulan Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.
Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan".
“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita nasional Bernama.
Berucap di FELDA Triang 3 di Bera hari ini, Najib turut berkata bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan memanfaatkan para peneroka.
“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.
Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.
Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan itu menerima sokongan peneroka FELDA.
Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan “majoriti peneroka”, walaupun terdapat laporan bantahan meluas.
Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH, yang serba kerugian, kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun.
Itu bukan durian runtuh dari kerajaan 1Malaysia tetapi adalah wang dan hak milik peneroka yang selama ini dirompak dari peneroka. Kerajaan terpaksa beri semula wang itu sebab musim PRU13 sudah semakin dekat apatah lagi dengan banyak pembongkaran penyelewengan wang Felda yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda dengan direstui oleh pemimpin dan Kerajaan UMNO selama ini.
Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.
Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.
Namun begitu peneroka harus sedar, wang milik mereka yang telah disamun selama ini entah kemana perginya, dan wang yang diberikan yang tak seberapa nilainya itu nanti adalah wang dari pihak lain, mungkin juga wang yang dipinjam dari KWSP. Ianya adalah hutang. Bukan kerajaan yang berhutang tetapi peneroka yang berhutang secara paksa dan secara halus oleh puak UMNO.
Post a Comment