BREAKING NEWS

Keluarga Shahrizat 'JOLI SAKAN' Guna Duit Dana NFC



PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

                                                              Rafizi Ramli
Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.
Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.

Komen Fb Pilihan MB Online

Ketua Wanita UMNO berucap dihadapan lembu2 Belaannya Boleh la... Dah Kebas Duit Rakyat RM 250juta takde rasa Bersalah! Ajak Debat Takut! nk jawab di Parlimen pun takut.Termasuk Lembu Wanita UMNO ni bila Balik Kawasan Ingat Berani buka Mulut. Depa ingat Balik Kaw Masing2 ade Penyokong.. Ceramah pun orang takde.. datang PWTC tu pun dia bayaq RM300sorang.. jadi Mcm Najib..Berucap mcm nk Tercabut Urat Tengkuk.. kata Sape nk Debat ngan dia boleh Demam.. Last2 Ajak Debat Takut! Ajak pi Mahkamah pun takut..
[Ipoh Mali]

Isu lembu tak cukup.
Tambah isu beli tanah... kah kah kah.
OOI... melayu umno , Malaysia ini bapak kau punya kah?
Guna wang rakyat jadi kaya raya.
umno ini parti recycle. nampak apa pun nak sapu.
Asalkan politik recycle lagi banyak harta malaysia masuk poket sendiri.
[Kong Bu Fenzi]

SUMBER

1 comment :

  1. bukan melayu umno la itu mamak umno.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails