BREAKING NEWS

Kaki-Kaki 'HAPRAK' Perkosa Perkasa!!


Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.

perkasa agm crowdZulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Muhammad Zahid ketika membentangkan usul tergempar itu berkata, peguam tersebut merupakan bekas penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PERKASA memperuntuk empat lagi jawatan naib presiden yang kini diisi Abang Naseer Abang Hadari, Musli Oli, Dr Zubir Harun dan juga Dr Ashraf Wajidi Dasuki.
Terdahulu, Zulkifli dilihat hadir sebagai jemputan ketika perasmian perhimpunan pada pagi, selain bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin serta seorang lagi bekas angggota kabinet Datuk Khalid Yunus.

Zulkifli sebelum ini dipecat sebagai anggota PKR dan beliau kemudian mengisytiharkan dirinya anggota parlimen bebas.

Kali terakhir PERKASA merombak jawatankuasanya pada Mac lalu, yang dikaitkan banyak pihak dengan peletakan jawatan bekas ketua Wira Arman Azha Abu Hanifah.
Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah juga hadir sebagai jemputan.
Oleh: Salhan K Ahmad

Rahim Noor samakan gerakan hak asasi dengan komunis, umpama ‘agama baru’




KUALA LUMPUR, 26 Okt — Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.
“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini.
“Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme,” kata Rahim (gambar) ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.
Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai “agama baru”, Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai “laman spiritual” mereka dan melebarkan pengaruh mereka.
“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia,” kata bekas pemimpin PDRM ini, yang menjadi tumpuan di sebalik isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.
Rahim, antara pemimpin kanan PDRM yang telah memainkan peranan dalam membawa kepada perjanjian damai 1988 antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) berkata, ramai pemimpin Melayu sayap kiri ketika era pasca-Perang Dunia Kedua terpedaya dengan aliran komunis kerana menjangkakan mereka akan menjaga kepentingan pihaknya tetapi akhirnya sedar mereka telah dipergunakan.
Ketika itu Rahim merupakan pengarah Bahagian Cawangan Khas PDRM.
Turut hadir pada perhimpunan hari ini ialah ahli perniagaan “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mengaku mempertontonkan rakaman video seks didakwa melibatkan Anwar akhir Mac lalu.
Oleh: Yow Hong Chieh

1 comment :

  1. KAH KAH KAH...

    mmg sesuai sgt zul nordin si bingai tuh jadik perkasam..

    pertubuhan khas utk katak katak yg bangang..

    KAH KAH KAH...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails