Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.
Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.
"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.
"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.
Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.
Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.
Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.
Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.
Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.
Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
SUMBER
Ini lah masaalahnya jika tidak mengerti perbezaan lesen akademiknya (AUKU). Setiap satu tindakan memerlukan lesen. Motosikalpun ada lesen 2A dan 2B. Mana boleh satu lesen pukul habis utk semua hal. Satu bini satu lesen, tidak boleh satu lesen untuk 4 bini. Jika sayang lesen akademik, buat cara akademik, Jika mahu berpolitik, daftarlah sebagai orang poltik dibawah parti politik dibawah Akta Pertubuhan tapi keluarlah dari UIA. Tak boleh nak semua, politik nak akademik pun nak.
ReplyDeleteKeberanian pengurusan UIA harus dipuji kerana tegas membendung pensyarah-pensyarah yang memperkudakan IPTA bagi agenda politik peribadi mereka.
Sudah terantuk baru terngadah! Dalam politikpun ada asam garamnya juga.